STEEM CARTOON : ONCE UPON A TIME ~SEBELUM ADA GAJET!

in #steem-cartoon6 years ago (edited)

11150685_10205237424088597_1675378033476118285_n.jpg

Hello rakan- rakan #steem-cartoon #myjuniors dan #teamMalaysia !

Mengimbau sekitar tahun 1986, ketika itu usia saya 7 tahun. Tiada perkara yang menghiburkan saya selain membaca majalah kartun. Saya tidak pasti kamu semua bagaimana ketika itu ( Bagi yang sudah lahir pada masa itu). Heh!

Saya sangat terhibur melihat lakaran lucu dalam setiap helaian majalah kartun tersebut (ketika itu saya belum boleh membaca dengan lancar ).
19243396_10211311360253205_5000586178977814881_o.jpg
( gambar sekadar hiasan)

Majalah kartun ini kebiasaannya saya pinjam dari rumah jiran. Ketika itu anak bujangnya gemar membeli majalah kartun tersebut pada setiap keluaran.

Lama kelamaan saya mula berminat untuk cuba membaca sedikit demi sedikit petikan dialog kartun dalam majalah tersebut. Ternyata ianya sangat menyeronokkan! Bermula dari situlah kemahiran membaca saya mula semakin lancar.

20180212_212945.jpg

Tidak sekadar itu sahaja, Minat melukis kartun pada diri saya mula terasah sejak itu juga. Saya mula meniru lukisan karektor- karektor kartun dalam majalah tersebut.

Pernah sekali saya tunjukkan lukisan kartun saya kepada kakak. Harapan saya beliau akan suka dan memuji saya. Namun sebaliknya berlaku. Saya dirotan oleh emak kerana menconteng kartun dalam buku latihan sekolah kakak. Heh!

Perkara itu telah menjadi bahan ejekkan kakak kepada saya hingga sekarang. Setiap kali kami berkumpul adik beradik dan teringat tentang perkara itu, Kami akan ketawa.
18700452_10211066742977926_7552472930541580117_o.jpg

Bila meningkat dewasa, Saya sudah mampu membeli sendiri majalah kartun yang saya minati. Kebanyakkannya adalah majalah-majalah kartun tempatan seperti GILA-GILA,GELAGAT, BATU API,GELIHATI,UJANG dan lain-lain (kalau nak senarai satu-satu terlalu banyak ). Heh!

26113920_750530051813546_7542345401608994772_n.jpg

**Kalau kamu semua hendak tahu tentang majalah-majalah kartun di Malaysia boleh datang ke pameran KARTUN DAN KITA di Muzium Negara, Kuala Lumpur. ( sedang berlangsung sekarang hingga April 2018). Kamu juga boleh melawat RUMAH KARTUN DAN KOMIK MALAYSIA di Taman Botanic, Kuala Lumpur.

Kini zaman sudah banyak berubah...majalah-majalah kartun yang dahulu menjadi kegemaran dan hiburan orang ramai sudah mula mengalami zaman kesuraman dek kerana kecanggihan gajet yang ada pada hari ini.

Jika kita dapat lihat di kawasan kedai makan, dalam pengangkutan awam LRT dan sebagainya..dimana sahaja, orang ramai lebih gemar meneroka pelbagai keseronokan dan hiburan dalam telefon pintar sahaja.

Orang ramai sudah tidak mempedulikan majalah-majalah yang dijual di kedai. Keadaan ini menyebabkan ada kedai yang menjual majalah terpaksa ditutup akibat jualan majalah tidak menguntungkan.

20180211_113958.jpg

Tetapi bagi saya ianya tidak mengubah apa-apa. Sentimental saya pada majalah kartun telah membuatkan saya tidak jemu membelinya.

Hari ini saya masih lagi membeli majalah kartun ini. Jika ada masa terluang, saya akan berkongsi membacanya bersama keluarga.

20180210_150334.jpg
#myjuniors

Kadangkala saya tersenyum sendirian kerana melihat anak #myjuniors saya kini mengikuti apa yang saya lalui dahulu...

Saya lihat dia #myjuniors juga mula boleh membaca dan melukis seperti saya satu masa dahulu. :-D

20180212_213006.jpg
Ini lukisan #myjuniors

U5drV7uDcPWxAUXsRNKHWfCjGurQhdw_1680x8400.jpg

23456346_10212436670985270_2505009660433012744_o.jpg
@brojoe .... follow me!

Sort:  

Salam... bagus penulisan ni @brojoe ... jika ada karya anak2... boleh tag #myjuniors platform inisiatif dari #teammalaysia @elizacheng ... boleh tumpang tag grup #aceh juga sbb ramai pembaca bahasa Melayu di komuniti tersebut...

Tambah 2 tag lagi... sayang jika hanya letak 3 tag shj... maksimum 5 tag... (tag ini spt meletak karya/posting di galeri yg ada komuniti pengunjung dan sponsor2 tertentu)

O yeke...ok..Terima kasih tuan @sireh atas panduan yg dberikan. Terbaek!

Coin Marketplace

STEEM 0.23
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 66011.09
ETH 3480.06
USDT 1.00
SBD 3.17