Kejayaan kita bermula dari sebuah Impian

in #steem-cartoon7 years ago (edited)


IMG_20180223_023620.JPG

IMPIAN, semua yang ada dari kita adalah impian. Malah sejak dari kecil lagi, kita sudah mula menanam impian dalam diri tanpa kita sedari. Sewaktu kecil kita sangat suka bermain dengan anak patung, kemudian bermain pondok-pondok, ada yang menjadi emak atau ayah, dan ada pula watak yang kita cipta untuk jadi anak. Kita mahukan pasangan yang cantik. Begitu juga watak si ayah, mestilah pandai memujuk kalau kita merajuk. Kita juga pernah bermain sanding-sanding dan masak-masak. Semuanya itu menggambarkan impian kita. Walaupaun Ianya telah lama berlalu kita mungkin boleh melihat anak-anak kita pula yang akan melaluinya.

Mengenang kembali impian semasa kita kecil dengan melihat semua impian yang kita inginkan pada masa kini mungkin tidak jauh bezanya. Cuma kita lebih matang dan lebih rasional. Kita memikirkan banyak perkara. Wajarkah impian itu diteruskan atau tukar sahaja impian yang tidak logik itu kepada impian yang "berpijak di bumi nyata". Semuanya dalam perkiraan atau dulu mungkin ia hanyalah impian, tetapi serentak dengan peredaran zaman dan perubahan masa, impian itu telah bertukar menjadi tanggungjawabnya pula. Mahu atau tidak, kita terpaksa melaksanakannya.

Dalam banyak perkara, saya percaya anda juga seperti saya. Impian seorang wanita, isteri dan ibu. Impian kita mahukan sebuah rumahtangga yang sempurna. Ada suami, anak-anak dan dilimpahi dengan kasih sayang. Tetapi sayang tidak semua impian itu kesampaian. Ada yang sampai hanya di pertengahan dan berkecai begitu sahaja. Ada juga yang bernasib baik, berjaya sampai hingga ke puncaknya. Tetapi, janganlah kamu berputus asa jika impian itu musnah, cubalah lagi. Selagi hidup, kita masih boleh memikirkan impian seterusnya.

Apabila bersendirian saya selalu berfikir tentang impian, kerana ia adalah sesuatu yang mesti ada dalam setiap hidup insan. Tidak kiralah sama ada anda menggelarkannya impian ataupun angan-angan, namun ia tetap menjadi satu keperluan. Ini kerana sesuatu kejayaan itu bermula dengan impian. Ia kemudiannya dipupuk menjadi azam serta matlamat kita dan akhirnya mendorong kita untuk mengapainya.

Mengapai impian memang payah! Ia tidak semudah kita menyebutnya. Semangat dan tumpuan yang jelas perlu ada. Kuatkan hati dan cekalkan iman. Mengapai impian memerlukan pengorbanan. Mungkin rezeki belum menyebelahi kita pada masa ini. Tetapi jangan biarkan putus asa itu membelenggu diri kita. Berusahalah selagi masih terdaya.

Nasihat saya, kongsikanlah IMPIAN anda dengan ahli keluarga yang lain, dengan pasangan dan juga dengan anak-anak. Bukannya apa, setidak-tidaknya jika kita tidak berjaya mengapai IMPIAN itu hari ini, mungkin satu hari kelak IMPIAN kita akan direalisasikan oleh insan-insan yang sentiasa menyayangi kita iaitu anak-anak kita.



Saya telah melakar dan mewarna abjad dengan menggunakan "ArtFlow app" di telefon pintar. Pada mulanya, agak susah untuk memahami setiap fungsi "button" yang terdapat dalam app tersebut. Setelah saya mencuba melakar banyak kali, akhirnya saya berjaya. Walaupun hasilnya tidak berapa memuaskan, tetapi saya merasa seronok ketika menghasilkan dan menggunakan app tersebut. Ini adalah gambar proses lakaran itu

***
Saya melakar dengan menggunakan "fine pen"


mewarna



walaaa.. Inilah hasilnya



Saya telah mempelajari sesuatu yang baru pada hari ini iaitu melakar dan mewarna dengan bantuan "Airflow app". Saya akan cuba memperbaiki mutu lakaran dan terus mencuba sehingga saya pandai. Terima kasih kerana sudi membaca blog post saya :)



Image source
guesehat. Com
trendsandlife.com
canva.com

Sort:  

i love this post @arwine very meaningful..

Thank you sis :)

um... please don't mind me, I am just testing this out. I am not spamming, really. I'll be on my way now. oh yes... I just upvoted you by the way. Stephard Tester, superoo7/superoo7-dev

Thank you. I appreciate it :)

Nasihat saya, kongsikanlah IMPIAN anda dengan ahli keluarga yang lain, dengan pasangan dan juga dengan anak-anak. Bukannya apa, setidak-tidaknya jika kita tidak berjaya mengapai IMPIAN itu hari ini, mungkin satu hari kelak IMPIAN kita akan direalisasikan oleh insan-insan yang sentiasa menyayangi kita iaitu anak-anak kita.

Agree.
By the way, nice text-justify. Sangat kemas.

Thank you for sharing.
Cheers.

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 54819.76
ETH 2295.81
USDT 1.00
SBD 2.31