SKETCHING PEKAN BATU KURAU
Sesekali balik kampung, gatal tangan untuk menconteng tetap ada. Ini yang dapat saya hasilkan.
Ini langkah yang pertama.Saya 'balun' saja mana yang terlintas walaupun subjeknya memang jelas ada didepan mata.Sebuah pekan kecil bernama Batu Kurau yang terletak di kawasan Larut Matang dan Taiping. Biarpun posting ini berbahasa melayu dan skopnya tidak meluas ( hanya berkisar tentang sebuah lakaran kecil tentang sebuah pekan kecil yang tak nampakpun dalam peta dunia,namun saya puas kerana ianya sebuah tempat dimana saya dilahir dan dibesarkan disitu).Mungkin ada yang belum pernah dengar nama Batu Kurau (orang Malaysia maksud saya:).
Batu Kurau terkenal dengan durian.Walaupun tidak ada lakaran sebiji durianpun, namun itu adalah salah satu tarikan bagi Batu Kurau.Tak ada durian yang sesedap durian dari daerah ini. Ya, saya harus mengatakan itu sebab ianya memang sedap.Heh!
Oh..ini apa? Inilah adalah sebahagian dari lakaran/cerita/kartun/koleksi berkenaan buku Batu Kurau yang akan saya terbitkan nanti! Sambil menyelam minum air bak kata orang kita.
Antara yang akan dimuatkan didalam buku tersebut :
Ini apahal pulak?
Itulah sahaja untuk kali ini.Terima kasih melewati posting saya :).
Terima kasih juga untuk kawan-kawan dari @steem-cartoon dan @teammalaysia yang banyak membantu saya.
Gambarnya keren keren
Terima kasih ya.
Sempoii
Tq bro.
Tahniah aloy @akuzaha... Hebat assiggment miker ya... saya beri undi untuk awak (upvote) tengok-tengok juga geng-geng kita noo??!!...
Terima kasih @ulin .takde hebat mana.baru belajar-belajar. Tkasih upvote.
bro Aloy...dah terbit nanti maklumkan ya. Nak beli!!
20180212_195142.jpg
Baik.