Perang Harga SmartPhone!

in #smarphone7 years ago

Sebut fasal harga ni, aku teringat kisah satu jenama 'SmartPhone'

.
Bila sebut 'SmartPhone' yg murah2 sekarang ni memang Made In China. Spec memang 'flagship' tp harga pertengahan.

.
Korang pernah baca, smartphone murah jenama Xiaomi dari Tanah Besar. Aku tak ingat tahun bila dia masuk Malaysia, tp bila dia masuk Malaysia seluruh org terutamnaya golongan pertengahan ke bawah mula sibuk nakkan Xiaomi.

.
Sebab apa?
Sbb dia offer Spec flagship tapi harga pertengahan below RM2K. apa lagi Spec pertengahan dia, dia balun bwh RM1K.

.
Masa tu Xiaomi takde pon buka kedai fizikal. Semua beli melalui online. Nampak tak Xiaomi dah banyak jimat kat situ. Sampai 1 tahap jadi Top 5 Smartphone. Kiranya Xiaomi byk guna online utk marketing mereka. Formula mereka menjadi!

.
Lepas je beberapa tahun, jualan mereka mula merudum. Ramai pengguna mula beralih pada telefon lain. Mereka terkeluar dari senarai Top 5. Apa sebenarnya masalah mereka? Telefon flagship, harga murah, tapi jualan merosot.

.
Setelah mereka kaji, kesilapan mereka byk berlaku selepas jualan. 'Service after sales' mereka teruk!

.
Kebanyakan pengguna susah nak cari tempat yg boleh baiki telefon mereka jika berlaku kerosakan, takde kedai fizikal, camera pon ala2 aje. Tak cantik nak selfie sbb nmpk jerawat, dan macam2 lagi.

.
Sbb tu baru korang perasan ade kedai fizikal Xiaomi kt Penang dan KLCC kan. Sbb dari kajian mereka, harga bukan penyebab utama pelanggan membeli telefon mereka.

.
Tapi,
pengalaman yg pengguna dpt lepas gunakan telefon mereka tu. Kalau telefon pun murah tapi service after sales hampeh, sekejap jela sales melonjak. Jenama pon boleh hancur sekejap je.

.
Kau tgk pada iPhone. (Walaupun aku tak pakai). Hehe. Jual smp 5,6k beratur jugak org nak membeli walaupun Spec mereka buat dah lama ade kt android. Sbb ape, sbb mereka tak jual 'Smartphone' mereka jual 'User Experience'

.
So, pada peniaga yg berniaga kat luar sana. Tak perlu sibuk2 nak turunkan harga korang sampai untung macam kulit bawang.
.
Apa korang dpt? Last2 korang penat. Last2 korang ckp bisnes ni tak boleh pergi. Kalau kau nak bisnes asek sibuk fasal harga, kau tgk sendiri mana pegi donut 10 sen tu yg viral dulu. Yg maintain Big Apple dgn Dunkin Donut jugak. Ini contoh je ye.

.
Nak bisnes lama, bukan fokus pada harga. Fokus pd pengalaman pengguna lepas guna produk korang. Inilah yg kita panggil Branding.

..
Okla, pjg pula aku taip. Yg baca sampai abes terima kasih.
Yg terus baca atas dan bwh je pon terima kasih jugak. ;)

Sort:  

Congratulations @fuzaimyfelany! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

You made your First Vote
You got a First Vote
You got a First Reply
You published your First Post

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Selamat @fuzaimyfelany! Sudah berkumpul di Steemit. Suka melihat anda datang di sini.. telah kami upvote ya.. :-3

ye betul..kita akan rasa dihargai

Happy Steemit!

Biasanya orang buat rega yang rendah-rendah ni sebab tu cara cari duit cepat utk diaorg. Tak pikir pjg laa senang ckp. Once dpt duit , terus jadik happy. But jangka panjang , lupa nak pikir. So ni la jadiknya.

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.14
JST 0.029
BTC 67443.68
ETH 3234.73
USDT 1.00
SBD 2.65