Do'a sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan

in #religi6 years ago (edited)

Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka.

image

8 TIPS LAILATUL QADR

  1. JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
    -Kerana permulaan MALAM itu sejak daripada masuknya waktu Maghrib.

  2. JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
    -Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

  3. JANGAN TINGGAL solat Ba'diyah Isyak
    -Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya
    solat sunat sebelum subuh 2 rakaat
    solat sunat sebelum zohor 2 rakaat
    solat sunat sebelum asar 2 rakaat
    solat sunat lepas magrib 2 rakaat
    solat sunat lepas isyak 2 rakaat

  4. SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
    -Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad, pahala qiyam Ramadhan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

  5. JANGAN LUPA bangun Sahur.
    -Meskipun hanya untuk minum, ia juga bahagian daripada ibadah Malam.

  6. JANGAN LUPA beristighfar ketika waktu Sahur
    -Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur, seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

  7. SENTIASA sediakan wang sedekah pada setiap malam Ramadhan.
    -Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi, bahawa sebaik-baik sedekah adalah dalam bulan RAMADHAN.

8)JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim, solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Barang siapa yang mengamalkan kesemua lapan perkara ini, insya-Allah tidak akan terlepas daripada mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar, meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.
Source article :
https://wikisource.org/wiki/Hadis_Riwayat_Muslim
image

Sort:  

Read my profile if want me to resteem your post to over 72,500 followers. @a-0-0

Coin Marketplace

STEEM 0.31
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64485.37
ETH 3156.53
USDT 1.00
SBD 4.05