SELAMAT PAGI SAHABAT STEEMIAN

in #photography7 years ago (edited)

Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah puji syukur kita kehadirat Allah yang masih memberikan kesempatan kepada kita semua untuk postingan yang ke selanjutnya.
Hai sahabat steemian, apa kabar kalian?saya harap kalian sehat dan baik baik saja,semoga kalian dalam lindungan allah selalu.

image

Sistem Saluran Ilmu dari Tuhan

Tuhan itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar ilmu kepada manusia. Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara mengikut tahap dan taraf manusia itu sendiri. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para nabi dan rasul. Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem. Ada ilmu Tuhan beri kepada para mujaddid dan mujtahid. Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada orang yang bertaqwa. Ada juga ilmu yang Tuhan beri kepada ahli-ahli fikir, ahli falsafah atau para filasof.

Para Nabi Dan Rosul

Para nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tangan manusia. Oleh itu para nabi dan rasul mempunyai jiwa yang begitu teguh dan kuat hingga mampu menerima wahyu Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi atau rasul, dia tidak akan tahan. Dia akan mati. Akan hancur-luluh jiwanya kerana kesan wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah sendiri berpeluh-peluh dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.

Di antara sebab wahyu tidak lagi diturunkan pada waktu atau zaman ini adalah kerana sudah tidak ada lagi manusia yang begitu kuat jiwanya hingga mampu menerima wahyu. Dalam erti kata yang lain, Tuhan tidak didik lagi manusia seperti mana Tuhan mendidik para nabi dan rasul selepas Rasulullah SAW.

Di samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu, para nabi dan rasul juga dibekalkan oleh Tuhan, fathonah. Fathonah adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul. Orang biasa tidak diberi fathonah. Fathonah bukan setakat bijaksana. Bijaksana adalah untuk orang biasa. Fathonah lebih tinggi dari bijaksana. Dalam Bahasa Melayu tidak ada istilah yang bermaksud fathonah. Oleh itu istilah bijaksana digunakan walaupun ia tidak tepat. Fathonah adalah untuk mendapat ilmu dari wahyu dan untuk menerima agama dari Tuhan.

Fathonah adalah seratus peratus anugerah dari Tuhan tanpa perlu diusahakan. Kerana kekuatan dan kebersihan jiwa serta fathonah yang ada pada para nabi dan rasul, mereka boleh beramal tanpa perlu bermujahadah. Tidak ada apa-apa dalam diri mereka yang menjadi penghalang atau penentang untuk beramal sama ada akal ataupun nafsu. Mereka itu rupa saja manusia tetapi roh mereka seperti malaikat. Dengan fathonah 'ni. para nabi dan rasul mendapat tiga perkara iaitu:
Dapat hafal wahyu lafaz ke lafaz
Faham wahyu
Tidak akan terlupa wahyu sampai bila-bila.
Ahli Hikmah, Mujaddid Dan Mujtahid

Umumnya pada ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid, mereka pada awalnya dididik oleh manusia sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka. Pendidikan ahli hikmah ini ada campur tangan manusia. Oleh itu jiwa mereka tidak seteguh atau sekuat jiwa para nabi dan rasul. Mereka tidak mampu menerima wahyu.

Ahli hikmah ini tahu apa yang orang lain tidak tahu. Mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Mereka diberi Tuhan ilmu-ilmu yang mendalam, halus dan seni.

Ahli hikmah ini wujud di zaman sebelum Rasulullah dan juga di zaman selepas Rasulullah. Kalau mereka diberi hikmah di zaman sebelum Rasulullah, mereka dikatakan ahli hikmah. Contohnya adalah Luqman Hakeem yang ada diceritakan dalam Quran. Kalau mereka diberi hikmah di zaman selepas Rasu lullah, maka ada dua bentuk. Sama ada mereka itu mujaddid atau mujtahid. Mujaddid itu adalah pemimpin untuk semua umat selepas Rasul. Mujtahid itu membawa ilmu untuk semua umat selepas Rasul. Mereka lebih memahami agama dari ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka. Mereka faham ilmu yang seni dan tersirat.

Kalau para nabi dan rasul diberi Tuhan fathonah maka ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid pula dianugerah Tuhan dengan hikmah. Hikmah juga adalah gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh. Hanya ia tidaklah setinggi dan sehebat fathonah. Dengan hikmah, ahli hikmah, mujaddid dan mujtahid dapat menerima ilham. Mereka mungkin tidak dapat hafal dari lafaz ke lafaz, tetapi mereka dapat faham dan dapat ingat. Cukuplah ini bagi mereka kerana mereka bukan sumber agama seperti nabi dan rasul. Mereka hanya membawa pembaharuan agama. Kalau fathonah itu seratus peratus anugerah dari Tuhan, hikmah ini 60% anugerah dan 40% mujahadah.

Selemah mana pun umat Islam di akhir zaman, Islam tidak akan padam atau hilang kerana adanya mujaddid dan mujtahid vang dilahirkan pada setiap zaman.

Orang Yang Bertaqwa
Orang bertaqwa juga diberi Tuhan ilmu kerana ketaqwaan mereka. Ada firman Allah SWT:

Maksudnya: "Kalau kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu." (Al Baqarah: 282)

Ada Hadis yang mengatakan:
Maksudnya: "Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Taqwa itu adalah sumber ilmu. Taqwa ini adalah 20% anugerah atau wahbiah dan 80% mujahadah.

Ahli Fikir
Ahli fikir ialah orang yang tajam fikiran (akal) tetapi tanpa mh. Roh mereka tumpul dan tidak berperanan. Mereka ini boleh
jadi:
Genius (abqari)
Cerdik biasa (zaka')
Ahli fikir ini mendapat ilmu hanya dari saluran fikiran Mereka semata-mata sama ada dari apa yang mereka belajar, dari apa yang mereka perhatikan atau daripada hasil ujian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka dapat ilmu tetapi tidak daPat taufik dan hidayah (pimpinan dan petunjuk).

Genius itu adalah pengasas. Dia mengasaskan sesuatu teori atau penemuan. Zaka' itu adalah penghurai. Dia memperpanjangkan teori atau penemuan yang dibuat oleh genius. Contohnya, Einstein ialah seorang genius yang mengasaskan teori tenaga atom. Ramai za/ca'selepasnya menghurai teori itu dan mencipta reaktor tenaga atom dan bom atom. Dengan teori yang sama, mereka kini mencipta reaktor tenaga nuklear dan bom nuklear.

Ulama juga ada yang menjadi ulama hanya dengan kekuatan fikiran mereka semata-mata tanpa penglihatan roh. Mereka belajar ilmu agama seperti orang belajar ilmu sains, matematik, sejarah dan lain-lainnya di kolej dan universiti. Mereka mengaji, belajar, mengumpul dan membahas ilmu agama yang lahir dan tersurat hanya dengan menggunakan akal. Ilmu mereka tannpa roh.

Ulama seperti ini juga tidak akan dapat taufik dan hidayah. Mereka hanya dapat ilmu, rohnya tidak ada. Ilmu mereka itu tidak menimbulkan rasa, kesedaran dan keinsafan. Ilmu mereka tidak dapat memimpin dan mendidik mereka. Dengan ilmu mereka, mereka tidak dapat rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Ilmu mereka itu, walaupun ianya ilmu agama, tidak dapat membuahkan akhlak pada diri mereka mahupun pada orang lain. Mereka hanya suka berbahas, bermujadalah dan menunjuk-nunjuk kelebihan ilmu mereka. Mereka mudah tertipu dengan dunia, nafsu dan syaitan.

Ahli-ahli fikir ini termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama. Kalau hendak mendapat taufik dan hidayah, mestilah ikut mujaddid. Kalau tidak, mereka akan hanyut jauh dari Tuhan dengan ilmu mereka itu.

Ahli-ahli fikir ini, makin mereka berilmu, makin mereka akan sesat dan akan jauh dari Tuhan. Apa pun yang mereka kata atau cipta, hanyalah berbentuk ideologi semata-mata yang tidak ada Tuhan di dalamnya.

Apa pun yang mereka kata atau cipta tidak akan membawa kepada Tuhan. Mereka tidak dapat taufik dan hidayah. Roh mereka mati. Ideologi itu hakikatnya adalah sekularisma. Sekularisma menafikan Tuhan.

Ikuti @itikna09 selalu pada postingan yang ke selanjutnya tentang kabar kabar islam dan lainnya.

Sort:  

@minnowpond1 has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowponds team on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond.

        To receive an upvote send 0.25 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an reSteem send 0.75 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an upvote and a reSteem send 1.00SBD to @minnowpond with your posts url as the memo

Telah kami upvote yaa..

@cmtzco has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowponds team on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond.

To receive an upvote send 0.25 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
To receive an reSteem send 0.75 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
To receive an upvote and a reSteem send 1.00SBD to @minnowpond with your posts url as the memo

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.13
JST 0.029
BTC 56087.39
ETH 2965.10
USDT 1.00
SBD 2.15