Mompisok
Rasanya saya pernah tulis apa ini Momisok. Satu budaya dan adat kadazan dusun yang semakin pupus dan tidak ramai mengamalkan budaya ini lagi. Orang Murut juga ada amalan budaya ini. Lebih kurang sama, pernah saya sharing dalam penulisan artikel suatu ketika dahulu.
Momisok adalah amalan adat yang kian di lupakan. Pada hari ini, amalan Momisok sudah di gantikan dengan cara agama seperti doa 7 hari, 40 hari, seratus hari bahkan setahun.
Saya mengikuti adat Momisok ini sudah lebih 5 kali. Selain datuk dan nenek. Upacara ini kami lakukan juga kepada bapa, ibu dan abang saya. Saya sangat bangga dengan budaya ini, ini menunjukkan saya adalah garis bangsa kadazan dusun dan Murut. Bangsa saya memiliki kecirian tersendiri yang sudah berdiri tegak sejak ribuan tahun lampau. Dan tidak perlu orang memberitahukan saya yang cara ini salah.
Orang yang mempertahankan adat dan mempromosikan dengan baik kepada ramai orang adalah pencinta bangsa dan pemelihara adat. Sesiapa yang sebahagian bangsa itu memandang serong harta leluhur garis keturunan, telah membiarkan diri dan bangsa nya di rencah oleh kelompok luar. Luar dari tanah leluhur ini.
Membiarkan dirinya menuruti dan di turuti. Dan di susun oleh mereka. Dan patriot nilai jati diri mereka, hilang satu persatu di telan kelam masa. Satu satu hilang. Menjadi sebuah simpanan pada muzium untuk cuma di ketahui. Sampai mereka lupa, bentuk asli diri sebenar yang Kaya beradat. Kaya berbudaya dan kuat perkasa.
Sementara kita mengamalkan tunjuk ajar hal beragama seperti berdoa untuk hari hari khusus. Kita boleh melangsungkan budaya para moyang perihal Momisok.
Momisok adalah puncak hari ketujuh di mana budaya kita percaya roh akan singgah makan untuk kali terakhir sebelum tidak di izinkan kembali ke rumah dan meneruskan perjalanan di alam kendodouwo (alam roh).
Pada zaman dahulu. Sebelum si mati di kebumikan. Mayatnya di simpan selama 7 hari di dalam rumah. Bagi orang KDMR ini untuk mempersiapkan ritual kematian (prosesi adat pengkebumian) dan memberi ruang untuk sanak saudara datang mengunjunginya buat kali terakhir.
Kemudian hari menyimpan tubuh badan si arwah itu, di pendekkan. Hari ini budaya itu cuma selama 3 hari sahaja. Mungkin sesetengah orang, masih mengamalkan 7 hari. Semua itu bergantung kepada persetujuan keluarga. Ada beberapa faktor mengapa ada memilih 3 hari atau 7 hari. Faktor paling asas adalah kos pengeluaran belanja. Makin lama, makin tinggi belanja. Dan saya akui ini kerana pernah terlibat menjadi "penggerak" (penganjur) kepada pengkebumian saudara saya sendiri.
Pada hari ketiga. Selepas jenazah di kebumikan. Ketua keluarga tertua kami akan menyediakan santapan dalam sirung padi. Santapan itu adalah nasi, daging kerbau, lauk (tidak boleh sayur), kopi(bergantung kesukaan si mati), tinagie atau air tapai. Sebiji telur, beras, parang, atau isi daging itik yang di cari barik, dan tali kerbau. Kalau dia merokok, akan di sediakan sebtang rokok atau kirai. Kalau dia memakan pinang, sigup dan kapur. Juga akan di sediakan. (Ritual ini di laksanakan malam selepas sang mati di kebumikan).
Ritual ini di bawah ke kuburan atau dekat pagar di luar rumah tepat jam 11 malam. Untuk kes kami, kuburan cuma 100 meter sahaja, maka upacara ritual mengasi makan, lebih mudah di jalankan.
Ini bukan Momisok. Kerana ritual Momisok itu di jalankan pada hari ketujuh. Ini adalah persiapan sebelum hari puncak besar Momisok.
Selama hari ketiga, keempat, kelima dan keenam itu, akan di adakan upacara mengasi makan. Dan saya ikut semua prosesi ini sampai selesai, kerana saya wakil ketua keluarga.
Saya masih ingat upacara nya. Sirung padi di letakkan. Tali kerbau itu di bulatkan, dan kesemua bahan makanan itu di letakkan di dalam lingkaran tali kerbau sambil komunikasi di buat. Beras di tabur tabur, untuk menjemput semangat undangan datang.
(komunikasi dalam bahasa dusun) ianya di sebut samada Bobolian atau ketua keluarga.
(1) " Tali kerbau ini saya letak di sini. Saya memanggil arwah.......(nama di sebut) untuk datang ke sini." Beras di tabur tabur.
(2) " Makanan ini saya letak di sini, dalam tali ini. Sesiapa yang bukan bernama.....(nama di sebut) akan terjerut dan di sebat oleh tali ini. Makanan ini cuma boleh di makan oleh si......."(nama di sebut).
(3) "Tompinai .....(nama di sebut). Ini ada saya bawa nasi, daging kerbau, telur, lauk dan air (kesukaan dia) dan tinagie. Makanlah dan bersenang-senang sekarang. Kesian kamu!"
Semasa upacara ini, parang akan di gunakan untuk menunjuk setiap persediaan ritual. Setiap kali dia menyebut tali kerbau, dia akan menunjuk tali tersebut dengan parang. Demikian juga setiap kali dia menyebut nasi dan dan sebagainya. Semuanya di tunjukkan menggunakan parang.
Dahulunya amalan adat ini di jalankan oleh para Bobolian. Namun kerana arus masa, ketua keluarga tertua atau yang mahir mengendali ritual ini, boleh melangsungkan ritual mengasi makan roh.
Setelah menyebut semua bahan-bahan tadi dan menjemput arwah datang dan duduk makan. Parang di letakkan dekat dengan tali.
(4) " parang ini saya letak di tepi. Saya meminta agar Kinorohingan memberkati parang ini. Dan mengizinkan kamu (si mati) memegangnya untuk menebas setiap semangat yang menganggu kamu makan!" Parang itu di letakkan dekat tali.
Upacara adat ini di lakukan setiap malam selepas hari pengkebumian. Dan selama 30 minit, kami duduk menunggu dan memerhati santapan lauk juadah yang di berikan khusus untuk si arwah.
Oleh kerana saya dan atuk bermata obongkito (mata nampak roh dan semangat), saya melihat arwah yang di panggil datang ke tempat persembahan makan. Dia berwarna putih, seperti asap putih, (kerana baru sahaja meninggal dunia). Dia duduk dan menikmati makan. Kemudian kita boleh nampak banyak semangat duduk tidak jauh dari situ, mereka berlembaga hitam. Mereka tidak di undang, dan tidak dapat menikmati santapan. Mereka cuma duduk memerhati. (Tidak tahu siapa mereka)
Setelah selesai upacara. Roh si mati bangun dan berjalan perlahan-lahan, memasuki tanah di mana dia kebumikan. Proses ini akan berlaku setiap malam sampai pada hari yang ketujuh. Selesai makan, lauk tadi di lemparkan dalam lubang tanah yang di korek dengan parang. Dan di kuburkan.
Pada hari ketujuh barulah Momisok di jalankan. Dalam upacara adat momisok, di sediakan pelbagai lauk dan kegemaran si mati. Upacara Momisok diadakan pada waktu tepat jam 12 malam.
Momisok adalah hari perpisahan dengan roh si mati. Dia di undang pulang sebentar ke rumah sebelum upacara membatal kedatangannya ke rumah buat selamanya. Adat ini bukan kejam. Setiap yang hidup pasti mati, dan kematian adalah perpisahan kita. Kita yang hidup, harus tetap meneruskan kehidupan. Itu adalah cycle kehidupan manusia.
Pada jam 12 tengah malam, tidak sesiapa di benarkan berbuat bising. Semua lampu di padamkan dan keadaan dalam suasana senyap. Pintu utama di buka, dan tepung di tabur dari pintu menuju ke meja makan. Selama 1 jam itu, kamu akan mendengar hewan seperti kucing dan anjing berkelakuan aneh.
Sewaktu abang saya pulang untuk Momisok, dia tiada kaki sebelah kiri. Sebab di potong kerana kencing manis. Selesai upacara Momisok, banyak tapak kaki di sebelah kiri di rakam oleh kami. Anjing kesayangan dia berbunyi manja, sama seperti kelakuan dia masih hidup ketika abang saya memeliharanya. Tapi anjing itu enggan masuk rumah. Dia duduk memerhati kosong pada meja di mana santapan istimewa dan terakhir kami sediakan untuk abang tua kami. Dia pulang. Ya dia benar benar pulang untuk melengkapi undangan adat istiadat bangsa momogun dusun kami.
Selesai sejam, lampu di pasang kembali. Rumah kembali terang, dan kamu boleh periksa begitu banyak tapak kaki pada tepung yang menunjukkan kehadiran si mati.
Pengalaman saya selama mengikuti ritual Momisok secara dekat dan tungkus upacara ini dari para moyang untuk generasi seterusnya. Saya sendiri dan kami (sekeluarga) melihat manifestasi bugang (bebola api). Yang menunjukkan (menurut adat) kami datang dari salasilah keturunan Pendekar. Bugang itu jelas kelihatan dan di lihat ramai orang. Itu adalah tanda warior. Di mana moyang kami telah mendapat sakti dari bugang, maka dia datang memberikan penghormatan kali terakhir untuk roh si mati.
Adat kita adalah kepercayaan kita. Tiada siapa boleh melarang atau menegah kita mempraktisnya. Kita adalah kita. Punya identiti dan cara tersendiri dalam amalan kepercayaan adat resam berbudaya. Itu menjadikan kita unik dan klasik.
Juga, tidak ada paksaan untuk meninggalkan atau mengekalkan adat ritual Momisok.
Beside, upacara Momisok adalah tanda cinta kepada si mati sebelum di putuskan selamanya untuk dia meneruskan perjalanan sakti ke persemadian abadi di Gunung Kinabalu.
Gambar : kredit to Clarice Clare James