Internet of People - Kegunaan Aplikasi ?

in #malaysia7 years ago (edited)

Hello rakan rakan, anda mungkin tertanya, apakah itu Internet of People (IoP)? IoP adalah satu platform yang menggunakan seni bina rangkaian berasaskan rangkaian yang tidak berpusat (decentralised). Internet yang kita ketahui dan lazim gunakan pada hari ini oleh hampir seluruh lapisan masyarakat berasaskan satu rangkaian yang dibangunkan oleh tentera udara Amerika pada tahun 70-an dan dibangunkan seterusnya berkembang menjadi WWW yang kita ketahui hari ini. 

Internet berkembang pesat dan banyak aplikasi yang dibangungkan oleh pihak pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai. Contohnya dapat kita lihat pada hari ini seperti Uber, Airbnb, Facebook, Tweeter, linkdln dan macam macam lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi aplikasi ini sedikit sebanyak membawa perubahan besar kepada cara kita berinteraksi sesama kita, menjalankan perniagaan dan kini juga ada menjadikanya sebagai sumber hiburan.

Namun di antara kebaikan ia juga ada keburukan, kita sering kedengaran tentang aktiviti pengodaman, penyalahguna data atau maklumat peribadi, intipan (stalking), peras ugut dan bermacam macam perkara yang tidak diingini. Antara sebab perkara ini berlaku adalah kerana perkhidmatan pihak ketiga ini adalah berasaskan rangkaian yang berpusat atau "centralized".Contohnya apabila kita mendaftar dengan mereka, maklumat dan data peribadi yang anda berikan menjadi milik mereka kerana ianya disimpan didalam pelayan mereka. Mereka pula munkin menjual dan melakukan apa sahaja dengan data dan maklumat ini untuk kepentingan mereka. Pelayan mereka ini juga mudah digodam oleh mereka mereka yang berniat jahat, kita sering lihat dimana akaun fb atau tweeter dan sebagainya digodam, adakalanya kegiatan ini membawa kepada kegiatan peras ugut dan sebagainnya. Maklumat peribadi anda tidak selamat!

Pihak kerajaan juga dengan kuasa yang mereka ada boleh dan berhak untuk mengintip dan mengambil apa sahaja maklumat yang mereka inginkan dari pelayan pelayan data syarikat syarikat itu. Tidak dinafikan, ada yang akan mengatakan bahawa intipan ini perlu dilakukan, tetapi sejauh manakah anda yakin dengan mereka?

Internet of People ingin menyelesaikan masalah ini. Mereka ingin membangun aplikasi aplikasi berasaskan rangaian tidak berpusat atau "decentralise". Dengan cara ini, tiada mana-mana pihak dapat mengambil, mencuri, mengintip serta mengodam apa apa berkenaan maklumat anda. Anda yang tentukan apakah yang anda ingin kongsikan dan dengan siapa anda ingin kongsikan. Anda kembali berkuasa!! Kuasa anda ditangan anda!!

Selain itu, kos juga akan berkurangan. Apabila ada pihak ketiga yang memberi sesuatu perkhidmatan mereka mempunyai berbagai kos yang berkait dengan operasi dan sebagainya. Di IoP, kos itu dapat dikurangkan sama sekali kerana tiada kos kos yang berkait organisasi atau syarikat yang berpusat.

Jadi, fikirkanlah ! tinggalkan komen dan pendapat anda!

-Internet of People-

Malaysian Chapter


Coin Marketplace

STEEM 0.21
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 67888.24
ETH 3518.05
USDT 1.00
SBD 2.71