Apakah Itu Blockchain?

in #malaysia7 years ago (edited)

BukuLejar.jpg
Buku lejar kedai runcit

Definisi Ringkas Blockchain

Blockchain adalah lejar umum yang menyimpan rekod beberapa transaksi di dalam blok yang menjadi tulang belakang wang/aset digital seperti Bitcoin, Ethereum, Steem dan lain-lain. Setiap blok berada dalam satu rangkaian rantai(chain) tidak putus sehingga blok yang pertama. Oleh sebab itu ia dikenali sebagai blockchain kerana rekod transaksi disimpan dalam raintaian blok. Setiap blok (setelah mendapat verifikasi penuh) tidak boleh diubah, maka blok yang pertama sehingga yang terakhir di dalam blockchain tidak akan berubah (insyaAllah) hingga kiamat.

bitcoin-block-chain-small.png
Setiap blok berkait blok sebelum dan selepas dalam rantai yang tidak akan putus

Analogi Sebuah Blockchain

Setelah kita memahami setiap blok umpama satu rekod lejar transaksi, maka kita boleh cuba memahami blockchain yang digunakan oleh sistem aset/wang digital seperti Bitcoin dan Steem.

Mungkin ada yang sudah terbayang buku lejar pemilik kedai runcit yang menyimpan hutang Ali, Abu, Muthu dan Ah Chong serta pembelian tunai dan baki wang. Namun analogi yang paling tepat dan mudah difahami adalah buku lejar sebuah Bank di mana di sebuah Bank terdapat banyak Akaun.

Bayangkan setiap seorang pengguna Bank ada satu akaun, Bank menyimpan rekod semua transaksi keluar dan masuk wang setiap pemegang akaun. Setiap pemegang akaun juga ada buku akaun peribadi menyimpan rekod keluar masuk peribadi. Maka Blockchain dapat disamakan seperti buku lejar seluruh transaksi yang berlaku antara Bank dan semua pemilik akaun daripada detik mula penubuhan bank.

Analogi Sebuah Blok

2017-08-25 (3).png

Kita memahami Blok mengandungi sejumlah transaksi yang telah berlaku. Walaupun begitu proses bagaimana blok terhasil adalah terlalu teknikal maka kita permudahkan pemahaman kita bahawa hampir setiap satu minit terhasil satu blok dan pada satu minit tersebut belaku banyak transaksi serentak.

Bayangkan terdapat sebuah bank bergelar Bank Headsink. Tepat pukul 12:01 tengahari Ali dan Abu mengeluarkan wang di mesin ATM berbeza di bank tersebut. Ah Chong mendepositkan wang pada detik yang sama di bank yang sama juga. Oleh itu dapat disimpulkan ketiga-tiga transaksi tersebut disimpan dalam satu lejar dan lejar tersebut boleh diumpamakan sebagai satu blok.

Pada minit seterus pada 12:02 tengahari terhasil blok baru dan berlaku beberapa transaksi dan seterusnya setiap minit berlaku proses yang sama. Walaupun begitu perlu diingatkan sekali lagi bahawa blok untuk Blockchain sebenar tidak dihasilkan sebegini rupa. Terdapat pelbagai kaedah berlainan sebagai contoh Bitcoin menggunakan PoW(Proof of Work) menghasilkan blok dan Steem menggunakan DPoS(Delegated Proof of Stake).

Perbezaan Antara Bank dan Blockchain

blockchain-online-accounting-distributed-ledger-1.png
Gamabrajah perbezaan lejar berpusat dan lejar teragih(distributed)

Bank Konvensional menggunakan lejar berpusat di mana ia disimpan di dalam sebuah pangkalan data yang akan dikongsi oleh semua cawangan bank. Manakala Blockchain disimpan oleh sesiapa sahaja di dalam simpanan peranti individu atau organisasi.

Transaksi di Bank hanya boleh dilihat pihak tertentu di dalam Bank, manakala transaksi Blockchain adalah umum. Kebanyakan Blockchain boleh dimuat turun atau disaksikan melalui laman sesawang 'block explorer' seperti Bitcoin Explorer: https://blockexplorer.com/

Transaksi Bank disimpan di dalam sistem pangkalan data berpusat boleh diubah oleh pihak Bank. Blockchain pula daripada blok pertama sehingga terakhir tidak berubah. Sebarang perubahan Blockchain adalah mustahil kerana data dilindungi kriptografi yang sukar untuk digodam serta setiap Blockchain sama dengan Blockchain yang disimpan di lain-lain peranti.

Blockchain juga boleh menyimpan pelbagai data selain daripada maklumat kewangan atau aset seperti posting ini berada di dalam blockchain Steem. Selain daripada data-data termasuk imej, dokumen, kontrak dan aplikasi juga boleh disimpan di dalam blockchain. Lagipun skop aset adalah lebih besar berbanding wang, maka segala yang boleh diberi nilai seperti data juga boleh disimpan di dalam lejar.

Kesimpulan

Blockchain dapat disimpulkan sebagai lejar rekod transaksi umum yang dimiliki oleh semua pemegang akaun(walaupun pemegang akaun tidak perlu menyimpannya).

Jika anda ingin memiliki wang/aset digital seperti Bitcoin anda boleh belikannya di http://www.luno.com atau https://localbitcoins.com/ . Namun perlu diingatkan bahawa saya bukan penasihat kewangan dan risiko adalah ditangan anda.

Seandainya anda tidak mahu mengambil sebarang risiko dan tidak mahu mengeluarkan sebarang wang untuk memiliki wang/aset digital, anda bole daftar sekarang di steemit dan mendapatkan wang melalui blogging. Panduan pendaftaran boleh dirujuk di https://steemit.com/steemit/@headsink/panduan-mendaftar-akaun-steemit-dalam-bahasa-melayu

Sekian. Terima Kasih

Sila nyatakan di ruangan reply (di bawah sekali) jika terdapat salah, silap atau perlu penambah baikan. Sebarang pertanyaan serta cadangan juga boleh dikongsi di ruangan reply juga. Artikel ini adalah percuma, cuma perlu upvote dan resteem sebagai tanda penghargaan. Penerbitan semula, plagiat terus dan sebagainya dihalalkan, tak perlu minta izin. -- @headsink

Sumber rujukan tambahan:

Sort:  

Good read Kepala Sinki!

Setiap reply dapat satu sen. #sebarkan

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 61026.32
ETH 3397.00
USDT 1.00
SBD 2.56