Pilih tindakan anda.

in #life7 years ago

IMG_9978.JPG

Hari ini selepas bangun seperti biasa, melaksanakan tanggungjawab wajib bersujud padaNya, saya terus menuju ke meja kerja saya. Kebetulan meja kerja saya menghadap matahari naik, ianya seolah-olah menghadiahkan satu pemandangan segar, cantik dan damai untuk saya setiap hari, tanpa mengira apa situasi emosi saya ketika itu.

Pernahkah anda menghadapi hari dimana awal pagi anda dapat rasakan yang seluruh hari tersebut seolah-olah dirosakkan atau hari tersebut bukanlah hari anda? Iya, begitulah yang saya alami sekarang.

Bermula dengan melihat kain kotor yang banyak, dapur yang bersepah, ruang tamu yang tidak berkemas (saya mempunyai tiga orang anak yang sedang membesar, jadi pada biasanya saya menganggap itu adalah sangat normal) membuatkan hati saya menjadi cepat panas, atau cepat marah. Saya buat rutin saya seperti biasa dengan mengatakan dalam hati "sebelum ini saya suka melakukan ini, anggaplah sekarang waktu mood swing saya".

Apabila tiba waktu menyediakan makanan, perkara kecil itupun boleh membuatkan saya bergerutu di dalam hati. Saya pun tidak pasti apa punca yang membuatkan saya sangat negatif waktu itu, sedangkan hubungan kekeluargaan kami sangat rapat dan saya pasti walau mereka timbulkan masalah, saya adalah orang yang paling cepat beralah dan positif.

Apabila anak-anak dan semua orang dalam rumah telah bangun, keadaan bagi saya bertambah kusut. Suami seperti biasa akn menyapa saya sambil memeluk saya dengan ucapan paginya, begitu juga dengan anak-anak saya. Mereka semua normal dan gembira, tetapi saya?

Walaupun saya sangat cerewet pada pagi itu, tapi saya berjaya juga menyiapkan segalanya, dengan rasa puas kerana mereka orang-orang disekeliling saya menikmatinya dengan rasa bahagia. Seperti tiada apa masalah.

Setelah menikmati secawan kopi instant saya, saya kembali ke meja kerja saya merenung dan mencari kembali semangat kanak-kanak yang ada dalam diri saya seperti sebelum ini. Betul, saya cuma perlu bersikap positif dan bertindak lebih berhati-hati dalam keadaan emosi saya yang bertukar angin ini. Saya tidak mahu kerana saya dan emosi saya yang kacau bilau ini menyebabkan satu keluarga berada dalam keadaan tidak selesa. Saya kena ubah perspektif saya hari ini, walaupun ini adalah dimana hari saya bertukar mood, ketidakstabilan emosi kerana faktor hormon, tapi saya tidak boleh membuatkan ianya mengambil alih jawatan saya yang selama ini dipegang oleh seorang yang sangat ceria dan positif.

"Jom, kita main monopoly" ajak saya kepada anak-anak dan sambutan mereka sangat memberangsangkan.

Kita boleh memilih sama ada membiarkan keadaan menjejaskan hidup kita ataupun bertindak menentukan kehidupan kita sendiri.

Sort:  

Never thought that I'd find a Malaysian writer on this platform. Actually, this is the first in Malay that I actually read. Teruskan usaha. I enjoyed reading this.

Thank you suhaila. Salam kenal😊

terbaik

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 60249.86
ETH 2347.79
USDT 1.00
SBD 2.52