Berjimat Cermat

in #life7 years ago

Professor Harvard menggelarnya "downshifting",
kita menggelarnya berjimat cermat.
tidak perlu bermewah, dan berlebih-lebihan,
semua kehendak, budaya "tamak" semata-mata,
duit licin, simpanan pun hangus.
anak lima orang, mampu tanggung seorang,
oleh itu, berjimat cermatlah kita.

hari itu saya melalui Starbucks,
lalu teringat mewahnya dahulu,
hidangan lazat, citarasa pilihan,
saat lidah merasa, enak tidak terkata,
asal tangan menggamit, pelayan pun datang,
sambil tersenyum, dia bertanya sopan,
"puan mahu minum apa?",
"puan mahu pesan apa-apa lagikah?"

kami yang dewasa, tiada hadiah lagi bagi harijadi,
apa kisah,kita semua sudah besar belaka,
anak-anak pun sama, perlu kurang kelas tambahan.

Sambil berdiri dibawah mentari,
saya melipat baju yang kering,
tangan terhenti saat tuala di tangan,
apabila terdengar lagu "it's the hard-knock-life,
habis menyanyi, mereka ketawa berderai-derai.

Saat kita mencari kebaikan dalam setiap perkara,
lantai yang dingin pun terasa hangat,
malah selepas sepuluh tahun hidup bersama,
saya dan suami semakin akrab,
memang begitu yang sepatutnya.
walaupun tidur dibawah selimut lusuh,
malah jujurnya,
saya masih cantik walaupun berpakaian lama.
sekian lama hidup tertekan,
baru kini terasa lapang.
kata professor lagi,
"orang yang bersederhana hidupnya lebih bahagia"
jiwa lebih tenang, hidupnya teratur,
tidak perlu bermewah, tidak perlu bermegah,
hanya tertumpu kepada perkara penting sahaja,
misalnya masa berkualiti bersama keluarga,
meluangkan masa berhibur bersama
di bawah mentari, menikmati alam semulajadi

8173c96e-91ef-4591-9420-7ac6d89d8130.jpg

.

Coin Marketplace

STEEM 0.23
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 66197.45
ETH 3522.75
USDT 1.00
SBD 3.14