Bazar Ramadhan Pekan Papar : Bazaar Ramadhan At Papar

in #life6 years ago

Berkunjung ke bazar ramadhan adalah salah satu aktiviti wajib bagi setiap mereka yang berpuasa kerana di situlah mereka boleh mendapatkan pelbagai menu masakan untuk juadah berbuka nanti. Bagi mereka yang tinggal di kawasan pekan Papar bazar di situ terletak di Dewan Serbaguna berhadapan dengan stesen minyak Petronas. Bazar ini beroperasi setiap hari bermula jam 3 petang.

Visiting the Ramadhan bazaar is one of the mandatory activities for everyone who fasts because that's where they can get a variety of cooked dishes for breaking fast. For those who live in the Papar bazaar area there is located at the Multipurpose Hall opposite Petronas station. The bazaar operates daily from 3 pm.

29F342D6-9F98-4C73-B0CB-B63E29669650.jpeg

Suasana di bazar ramadhan pekan Papar sememangnya padat dengan pengunjung. Apa yang seronoknya, bazar di sini tidak hanya dikunjungi oleh mereka yang berpuasa sahaja tetapi turut dihadiri oleh rakan yang bukan beragama Islam. Mereka juga akan turut bersama-sama membeli makanan di sini. Kuih muih tradisional adalah antara jenis menu yang paling banyak di jual. Antara kuih melayu tradisional yang ada ialah seri muka, kosui, karipap dan banyak lagi.

The environment at the bazaar Ramadhan town of Papar is packed with visitors. What fun it is, the bazaar here is not only visited by those who are fasting but also attended by non-Muslim friends. They will also come together to buy food here. Traditional cakes are among the most widely used menu items. Among traditional Malay cakes are face, kosui, currypuff and many more.

F01BE27C-6596-4CBB-9B1F-241F2324952B.jpeg

Bagi selera anak muda pula, peniaga burger tidak kurang hebatnya. Burger ayam, daging, burger special, burger bakar dan bermacam-macam lagi. Dengan harganya yang berpatutan juga menjadi penarik kepada pengunjung. Begitu juga dengan peniaga makanan basah seperti mee goreng, char kuew tiau dan soto. Manakala peniaga minuman pula tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis air minuman yang dijual. Antaranya ialah jus buah, air berkarbonat dan minuman panas.

For young people's tastes, burger traders are not as good as it is. Chicken burgers, meats, special burgers, baked burgers and more. With a reasonable price it also attracts visitors. Similarly, wet food dealers like mee goreng, char kuew tiau and soto. While the drinks traders are not very good. Various types of drinking water are sold. Among them are fruit juices, carbonated water and hot drinks.

D9818204-766B-4779-A50D-3B5CFAE0561A.jpeg

Kemeriahan di bazar pekan Papar sememangnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokan. Dengan susun atur tapak jualan yang sistematik membuatkan bazar di sini kelihatan lebih kemas dan selesa untuk dikunjungi.

The excitement at Papar weekend bazaar promises a fun experience. With a systematic sales site layout make bazaar here look more neat and comfortable to visit.

53586F24-4108-4DB4-99B5-669D231A63D2.jpeg

Sincerely,

@zayyadmikael

Sort:  

Great post!
Thanks for tasting the eden!

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.23
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 65236.24
ETH 3401.35
USDT 1.00
SBD 3.19