Air terjun berkelah kuantan
Air terjun berkelah ini terletak di daerah Gambang Pahang. Air terjun yang sentiasa memberi kepuasan kepada pengunjung datang kesini. Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang ini untuk menikmati keindahan air terjun indah di depan mata. Perjalan hampir 4 jam dari Kuala Lumpur memberi satu pengalaman yang tidak bole dilupakan. Penggunaan kenderaan 4x4 mengambil masa lebih kurang 20 minit dimana perkhidmatan ini biasanya di sediakan oleh penduduk sekitar.
Sebaik sahaja sampai ke destinasi dalam jam 5 pagi kami menyediakan khemah untuk berehat dan tidur. Cuaca yang amat baik melancarkan lagi aktiviti kami di sini. Kebanyakan kawasan di sini di penuhi dengan khemah-khemah dari pengunjung yang lain. Bermalam di dalam hutan memberi satu pengalaman yang amat luar biasa, dengan keadaan yang jauh dari kawasan bandar tampa telefon. Suasa malam yang sunyi dan hanya kedengaran deruman air terjun dapat menghilang rasa tekanan selepas bekerja seharian di pejabat.
Keindahan alam sekitarnya disini tidak dapat di ceritakan dengan kata-kata, airnya yang jernih dan hutan tebal yang masih belum tercemar. Peluang bergambar bersama rakan-rakan tidak dilepaskan. Aktiviti mandi air terjun yang amat sejuk bersama-sama memberikan satu pengalaman yang tidak akan di lupakan. Di sini juga kita di benarkan untuk membakar makanan yang dibawa.