🏕SCHOOL CAMPING 🏕
Hello semua warga Steemian, hari ini saya ingin menulis mengenai dengan cara untuk membuat persiapan sebelum mengikuti aktiviti Perkhemahan Sekolah.
Gambar diambil semasa Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah
Mungkin terdapat di kalangan warga steemian yang belum pernah mengikuti Perkemahan dan mungkin juga terdapat di kalangan warga steemian yang akan mengikuti Perkhemahan untuk waktu yang terdekat serta mungkin terdapat juga warga steemian yang sudah berulang Kali mengikuti aktiviti Perkhemahan.
Secara peribadi, saya sudah mengikuti lebih dari 20 Perkhemahan baik anjuran Sekolah ataupun komuniti gereja. Saya sudah mulai mengikuti perkhemahan bermula di bangku sekolah rendah lagi sehingga di peringkat universiti. Oleh sebab pengalaman tersebutlah, Saya belajar banyak perkara serta memberi saya pengalaman yang tidak ternilai.
PERSEDIAAN SEBELUM MENGIKUTI PERKHEMAHAN
Membeli / menyediakan alat keperluan untuk pakaian, mandi, tidur , keperluan semasa beraktiviti.
1. keperluan pakaian
Perlu menyediakan keperluan pakaian untuk tidur & beraktiviti. Kita perlu menyediakan pakaian yang selesa dan sesuai semasa beraktiviti. Pakaian yang berlengan panjang, seluar panjang (track suit @ jogger pants) serta topi perlu disediakan untuk digunakan semasa aktiviti. Semasa tidur pula, pakaian berlengan panjang serta seluar panjang juga sesuai digunakan apabila berkhemah di kawasan hutan untuk mengelakkan gigitan nyamuk atau gigitan serangga lain. Pakaian dalam juga perlu disediakan secukupnya kerana khuatir mengalami masalah bekalan air kurang until membasuh pakaian dan cuaca yang tidak baik untuk mengeringkan pakaian. Kasut dan stokin juga perlu disedikan dan sebaiknya sediakan kasut yang sesuai untuk digunakan masuk ke dalam hutan dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.
2. Keperluan mandi
Peserta perkhemahan(untuk perkhemahan peringkat sekolah yang tidak terlalu ekstreme) perlu menyediakan keperluan untuk mandi antaranya seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, baldi, tuala mandi, sarung,
pencuci muka dan juga sabun kain jika hendak mencuci pakaian.
3. Keperluan lain
Peserta perkhemahan juga sebaiknya perlu menyediakan peralatan lain seperti tikar atau sleeping bag untuk digunakan sebagai alas tidur berserta dengan selimut. Selain itu, botol air juga perlu disediakan untuk dibawa semasa melakukan aktiviti. Lampu suluh digunakan untuk memudahkan pergerakkan sebelah malam. First aid kit sebagai persediaan kecemasan. Losyen ubat nyamuk sebagai pelindung daripada gigitan nyamuk . Beg sandang untuk memudahkan peserta membawa barang-barang sepanjang aktiviti dijalankan. Terdapat juga sekolah yang meminta agar setiap pelajar menyediakan kayu api untuk tujuan masak.
Secara keseluruhannya, pengalaman yang diikuti sepanjang mengikuti perkhemahan banyak membantu saya untuk berhadapan dengan situasi pada hari ini. Motivasi, jati diri dan disiplin kita akan dibentuk.
Sekian terima kasih,
@debbie89
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness