Perginya Seorang Sahabat di Hari Raya (Part 2)

in #life6 years ago (edited)

IMG_20180531_185847_HDR.jpg

Petang pun menjelang selepas hari yang ceria itu, seperti ia satu penutup cerita yang indah. Aku berkemas kerana aku akan menghabiskan masa cuti ku untuk berada di rumah sepupu ku. Sebab majlis perkhawinan beliau akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Esok harinya aku pun bergerak ke rumah sepupu ku, hati ku tidak begitu selesa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Sesudah sampai di rumah sepupuku, aku di jemput dengan salakan anjing yang mungkin gembira atau cuma nak menakutkan aku. Kelihatan kelibat sepupu ku berdiri di ruang pintu, sambil mempelawa untuk masuk ke dalam. Tanpa segan, aku berjalan menuju ke arah ruang tamu dan menghempas lembut badan ku ke sofa. Sesudah di hidangkan milo suam, Aku termenung jauh ke arah pintu, sehinggalah nama ku di panggil oleh sepupu ku.

Siang malam pun berlalu pergi, hari itu adalah Hari raya ke 3, dan keesokan hari nya adalah hari penting bagi sepupuku. Ahli keluarga serta saudara aku yang lain pun turut datang membantu untuk majlis esok. Walau dalam keadaan yang gembira, hati ku tidak duduk senang seperti hari - hari yang lalu. Tangan ku mencapai handphone yang berada di atas meja lalu ku memeriksa jam dan mesej - mesej dari sahabat ku. Tiada yang penting sangat pada waktu tu, ketika aku sedang menuju ke arah sepupuku, handphone ku menerima 1 mesej, dan mesej itu jugalah mesej yang penting bagi ku, tertera di screen handphone monophonic ku, "Tiada sudah dia, dia telah meninggalkan kita semua, excident dia tadi, masuk icu tapi tiada harapan sudah."

Seluruh badan ku sejuk dan mulai bergetar sambil membuat panggilan kepada sahabat ku, aku cuba tenangkan diri, panggilan ku di jawab, dan sahabat ku dengan pilu memberitahu, "iya, dia tiada sudah. Besok kubur sudah. Tak apa kalau ko tak dapat datang, dia faham juga tu." Aku yang sedang letih setelah mengharungi hari yang sibuk, terduduk sambil berguguran air mata ku. Ahanya sempat melawat kuburnya pada hari 7, kerana jarak yang sungguh jauh, Aku tidak sempat untuk hadir ke majlis pengebumianya. Tidakah ku sangka kejadian itu telah merubah seluruh suasana warna kehidupan ku hingga ke hari ini.

Sort:  

Go here https://steemit.com/@a-a-a to get your post resteemed to over 72,000 followers.

baru aku ada kuota nampak ni..

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 65702.61
ETH 3485.24
USDT 1.00
SBD 2.51