KALAM PARA ULAMA | PART 2

in #kalamulama5 years ago

IMG_20190403_091749_563.jpg

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Tidaklah memahami agamanya orang yang tidak pandai menjaga lisannya.”

[Imam Hassan Al-Bashri ‎رحمه الله تعالى]


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Orang cantik tidak selalu orang baik, tapi orang baik selalu cantik.”

[Sayyidina Ali Bin Abi Thalib كرم الله وجهه]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Seorang itu ditahan rezekinya kerana dosa yang dia lakukan.”

[Hadis Riwayat Al-Hakim]


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Janganlah kau tuntut Tuhanmu kerana tertundanya keinginanmu. Tetapi tuntutlah dirimu sendiri kerana engkau telah menunda adabmu kepada Allah.”

[Imam Syeikh Ibnu At’thaillah As-Sakandari قدس الله سره]


IMG_20190403_091751_426.jpg

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Sangat beruntung orang yang menemukan bahawa, pada catatan amalannya terdapat banyak istighfar.”

[Imam Ibnu Majah ‎رحمه الله تعالى]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Untuk hidup di dunia kita perlu berfikir. Untuk hidup di syurga perlu berzikir. Dan kita terlalu menyibukkan diri dengan berfikir sehingga lupa untuk berzikir. Maka jika waktu telah berlalu dan kita lupa untuk mengingati Allah di waktu itu, segeralah bangunkan hatimu walaupun hanya dengan ucapan tasbih dan istighfar. Lalai adalah sebuah penyakit, dan zikir kepada Allah adalah ubat bagi kelalaian hati.”

[Syeikh Ahmad Thayyib]


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Jika engkau bukan orang soleh, maka dekatilah orang soleh. InsyaAllah engkau akan ikut mulia di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala.”

[Habib Idrus Alaydrus]

https://t.me/iloverasulullah

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64029.44
ETH 3157.04
USDT 1.00
SBD 4.02