Post Pertama Saya Di Steemit (My First Post On Steemit)

Apa khabar member-member Steemit, Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pengguna-pengguna Steemit. Sebagai orang baru di Steemit saya masih lagi rasa teruja bagaimana mengguna aplikasi Steemit, lebih-lebih lagi member saya yang dah lama blogging di Steemit boleh mengaut pendapatan hanya menulis artikel yang berkaitan dengan hobi, destinasi pelancongan, muzik, dan menulis menggunakan pelbagai bahasa dan mengenai topik-topik yang trending.

Steemit tidak mensia-siakan hasil karya atau kandungan yang ditulis secara tulus dan teratur. Ini disebabkan setiap kandungan di Steemit tidak akan padam dari arkib Steemit. Jika bahan yang kita tulis mendapat undi maka undian ini adalah ganjaran yang akan kita dapat dalam bentuk Steem Dolar dan Steem.


Banyak lagi terma di Steemit yang masih belum saya fahami dengan lebih lanjut. Di harap para blogger yang sudah mahir boleh mambantu dan memberi sokongan kepada orang baru seperti saya.


Pengenalan Diri
Untuk permulaan , Saya mengguna Voltranrex sebagai nama id Steemit. Saya berasal dari Sabah menetap di Selangor dan nama saya Rendy. Bagi saya Voltranrex bermakna satu perubahan keupayaan sosial media yang boleh mengubah ekonomi sosial individu mahupun komuniti dan pertukaran idea di zaman millenium.

Secara personal saya adalah seorang yang teknikal dan saya akan menggunakan Steemit untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu ini di masa akan datang. Kandungan-kandungan yang akan saya kongsikan adalah seperti teknologi di dalam bidang  audio dan video, pengenalan kepada bidang penyiaran, membaik-pulih peralatan elektrikal dan elektronik, bidang penyiaran berita online, bidang studio akustik, bidang adunan bunyi dan ACAD (AutoCAD).


Saya harap  pengetahuan yang saya kongsikan memberi manfaat untuk  semua pengguna Steemit yang baru mahupun lama. Semoga dengan perkongsian ilmu tersebut kita boleh memperkembangkan komuniti yang baru dan  menjana pendapatan bersama melalui Social Media Platfom yang canggih ini.

English Translation

Hello fellow Steemians ... how are you? I want to wish Happy New Year 2018 to all of you. I am a newbie and I am very excited to use this platform after a friend shared with me how he could earn some side income just by posting articles on his hobbies, holiday destinations, music and trends.

Steemit rewards its users who post articles and these articles would not be deleted from the platform. The rewards we get are in the form of upvotes and the payouts will be in Steem or Steem Dollars. 

Since I am a newbie there are so many things I need to learn about Steemit. I hope I can learn more from fellow Steemians who have been using this platform longer than I do. 

Introduction of myself
As you can see my id is Voltranrex Steemit. I am from Sabah, Malaysia but I am currently residing in Selangor, Malaysia. My name is Rendy. To me, my id "Voltranrex" represents the new form of social media that could improve the social economy of an individual or a community. It also represents the way we exchange ideas in the new millennium.

I am a technical person and I will share this knowledge in my future posts. Such content will include technology in audio and video, introduction to the broadcasting field, fixing electrical and electronic appliances, online news broadcasting, studio acoustic, sound mixing and ACAD (AutoCAD).

I hope to share this knowledge with fellow Steemians, regardless of who they are - senior Steemians or newbies. I hope that we can grow together as a community and to make some side income while using this platform.

Sort:  

Selamat datang @voltranrex. Kami semua sangat mengalu-alukan kedatangan kamu. Tidak sabar rasanya hendak membaca post kamu nanti. Selamat berkenalan! (^^;)v

Enjoy the vote and reward!

Congratulations @voltranrex, you have decided to take the next big step with your first post! The Steem Network Team wishes you a great time among this awesome community.


Thumbs up for Steem Network´s strategy

The proven road to boost your personal success in this amazing Steem Network

Do you already know that awesome content will get great profits by following these simple steps, that have been worked out by experts?

Hi @steem-network I appreciate for your time and support to look view my blog.. together we continue to make steemit page as entrusted and vibrant to cater supply realistic and creative content.

Hai, apa kabar @voltranrex? Kami telah upvote yah.. *-)

Boleh saja Bahasa! Mari kasi cuba satu !OriginalWorks
@originalworks

Selamat datang kawan ku....kami mengalu alukan kedatangan mu.

Terima kasih sahabat dan juga member teammalaysia yang memberi dorongan kepada saya.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 57605.40
ETH 3085.50
USDT 1.00
SBD 2.31