Pendapat saya: Globalisasi (Part 1)

in #indonesia7 years ago

how-globalisation-has-affected-singapores-development.jpg

Marcapada ini, perkembangan dalam bidang pengangkutan, teknologi dan telekomunikasi semakin pesat berlaku. Ini telah membolehkan manusia di seluruh dunia berhubung dengan begitu cepat dan mudah antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi, pergerakan manusia tidak lagi dibatasi oleh gunung-gunung yang tersergam megah, lautan yang terbentang luas ataupun padang pasir yang saujana mata memandang.

Globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia desebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Jika dibanding dengan dahulu, dunia ini begitu luas dan dipagari berbagai-bagai sempadan, namun kini sempadan seumpama tidak lagi wujud. Dunia ini bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, idealogi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah negara.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Umpamanya, kemudahan internet yang berkonsep dunia tanpa sempadan membantu manusia mendapatkan pelbagai maklumat dari seluruh dunia. Tambahan pula, penyebaran maklumat adalah begitu luas dan pantas, berbagai-bagai berita yang hendak disampaikan dari negara lain dapat disampaikan ke negara kita dengan cepat. Dengan ini, kita boleh mendapat tahu berita-berita tersebut dengan serta-merta. Selain itu, manusia turut dapat berkomunikasi dengan semua orang tidak kira betapa jauh jarak mereka berada melalui sistem telekomunikasi yang canggih seperti Facebook, Twitter, SteemIt dan sebagainya. Kemudahan ini bukan sahaja boleh mengeratkan perhubungan sahabat, malah memudahkan usahawan-usahawan berbincang tentang perniagaan mereka yang seterusnya menggalakkan peningkatan perdagangan antarabangsa.

Sort:  

welcome to Steemit @yinsonisme I do hope that you will have a wonderful time on this platform, if you have any questions or if there is anything I can help you with do not hesitate to ask, I will be more than happy to help.
Please Follow me @Fshllc so that I can be able to see and read your posts, I will comment and upvote the ones I like :)
Let's stay connected and support each other by following, commenting and upvoting each other's posts because together we are strong!

Interesting read! I can see you're new here so welcome to the great community of steemit. Hope this upvote helps and rock on!
When having a new account it can be hard to recieve many upvotes so you could give Steemfollower a go. This exchange lets you earn up to 5x more steem than just upvoting by yourself! It's a simple and safe vote exchange that is free to use. I made this post to explain the system in more depth and it has become my most upvoted post yet.

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 64572.94
ETH 2630.79
USDT 1.00
SBD 2.82