Selamat Tahun 2024 🙋‍♂️

in Blogger Bahasa5 months ago (edited)

Hello steemit,

Ini adalah post pertama yang saya buat pada tahun ini setelah lama menyepi daripada membuat post pada group BLOGGER BAHASA dan maafkan saya jika jarang menulis 🙏

Apa khabar kamu semua? Post ini tiada memberikan apa² yang berguna mahupun info yang menarik untuk kamu baca hanya sebuah karangan pendek untuk menanyakan khabar buat semua rakan² yang berada di BLOGGER BAHASA.

Jika kamu masih di platform #steemit ini, maka teruskan berjuang dan membuat post update anda dan jangan pedulikan apa² yang menggangu kamu.

Sihat semua? Bagus! Jika semua sihat maka berterima kasihlah kepada Tuhan kerana diberikan kesihatan baik sehingga hari ini dan dapat berkerja untuk diri sendiri serta ahli keluarga masing². Pada yang kurang sihat, jangan berhenti untuk jaga kesihatan dan sentiasa bersyukur walau apa pun yang berlaku ya 😎

Tahun 2023 bukanlah tahun yang bagus untuk saya secara am nya kerana banyak hal yang mungkin tidak berapa baik yang menimpa saya, dan itu semua merupakan pelajaran kehidupan bagi saya dan tidak menyalahkan apa² yang tidak baik kepada takdir kerana apa² yang berlaku mungkin ada sebab tertentu yang kita tidak tahu. Bersabarlah wahai diri 🙋‍♂️

Pada tahun ini, rasanya kehidupan mungkin hanya biasa² sahaja dan jika ada peluang untuk memperbaiki hidup, maka saya akan terus garab untuk merubah apa² untuk keluarga dan diri sendiri, maka janganlah kita lelah untuk terus mencari peluang dan memanfaatkannya 😉

Sekian dari saya dan terima kasih 🙋‍♂️

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.12
JST 0.028
BTC 64182.86
ETH 3531.12
USDT 1.00
SBD 2.53