HATI YANG SELAMAT

in zzan2 years ago

SAVE_20211228_132001.jpg

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Berapa ramai di zaman kita, manusia yang tubuh badannya sihat tapi hatinya sakit, pandangannya sihat tapi menjadikan matanya tempat memandang perkara yang mungkar, telinganya sihat tapi mendengar perkara yang tak diredhai Allah.

Sehingga susah hendak menitiskan air mata ketika membaca Al Quran. Semakin kurang bacaan Al Quran, semakin tebal karatnya di dalam hati. Sehingga tak tersentuh dengan ayat azab Allah di dalam Al Quran.

Sahabat Rasulullah ﷺ menangis apabila tak tersentuh membaca Al Quran. Orang yang membaca ayat Al Quran yang menceritakan tentang azab, bila tak tersentuh hatinya itu tanda hati bermasalah.

Sesungguhnya bukan buta sebenar pada mata, tapi yang sebenarnya buta adalah buta pada hati. Hati yang selamat sahaja yang mendatangkan manfaat kepada tuan punya hati.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 61740.86
ETH 3453.31
USDT 1.00
SBD 2.51