Pembelian Upvote Peanut V2 sudah bermula, 100,000 PNUT akan dihadiahkan untuk menggalakkan pengguna membuat pengujian

in NutBox2 years ago

image.png

Peanut V2 Melancarkan Program Pembelian Upvote

PNUT telah dilancarkan melalui Walnut, ia membolehkan pemindahan PNUT rentas rantai & perlombongan kecairan (liquidity mining) PNUT dan membolehkan pendelegasian SP untuk melombong PNUT dan Pentadbiran (Governance).

Sekarang Bayar PNUT untuk Dapatkan Upvote telah bermula seperti yang dirancang, dan anda boleh membayar serendah 600 PNUT untuk membeli upvote sebanyak 10%.

Pada masa yang sama, yayasan itu memutuskan untuk mengeluarkan 100,000 PNUT sebagai insentif untuk menggalakkan pengguna melaporkan pepijat dalam proses membeli upvote; ganjaran ini berterusan sehingga 100,000 PNUT diedarkan sepenuhnya.

image.png

Tips untuk Membeli Upvote

  1. Anda boleh Membeli Upvote di sini:https://peanut.nutbox.io/#/get-vote-bsc
  2. Anda harus sambungkan Metamask.
  3. Masukkan pautan posting anda dan amaun PNUT:
    a. Pengarang posting mesti mendelegasikan sekurang-kurangnya 600SP kepada @nutbox.mine
    b. Posting itu mestilah pembelian upvote pertama anda dalam satu hari (Sehari dalam waktu Kuala Lumpur. UTC 16:00 ialah tengah malam Kuala Lumpur, dan kami akan mengemas kini data dari masa itu);
    c. Amaun PNUT mestilah antara 600~6000 ;
  4. Anda mesti mempunyai BNB yang cukup untuk membayar yuran transaksi.
  5. Jika upvote tidak tiba pada masanya, sila tunggu. Robot akan berhenti jika VP nutbox.mine berada di bawah 45%.
  6. Bayaran balik mungkin berlaku dengan memo yang menunjukkan sebab kami membayar balik PNUT anda:
    a. Robot telah pun mengundi posting anda melalui PNUT Buy Upvote.
    b. Jumlah PNUT yang anda membayar bukan antara 600~6000;
    c. Catatan yang anda berikan adalah posting dikarang pada hari terakhir;
    d. Pautan posting adalah pautan yang salah.
  7. Jika anda telah membayar PNUT dan tidak menerima upvote, sila tunggu selama 24 jam.

Panduan untuk Serahkan Pepijat

Langkah Pertama: Serahkan Isu

Apabila anda menemui pepijat dalam versi baharu Peanut, sila pergi ke https://github.com/nutbox-dao/peanut-interface-v2/issues, klikkan butang "New Issue" di bahagian atas sebelah kanan untuk membina isu baharu.

image.png

Langkah Kedua: Terangkan Butiran Pepijat

Pada halaman Isu GitHub, isikan maklumat pepijat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Biasanya, anda harus menerangkan fenomena pepijat dan langkah-langkah untuk menghasilkan semula pepijat tersebut. Jika ia adalah isu berkaitan keselamatan, sila terus hubungi ahli rasmi Nutbox dan bukannya merekodkannya di sini.

image.png

Langkah Ketiga: Pengedaran Ganjaran PNUT

Kami akan menghantar PNUT setiap Jumaat kepada mereka yang menyerahkan pepijat yang sah.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila sertai komuniti:

Nutbox Telegram:https://t.me/nutbox_defi

Nutbox Discord:https://discord.gg/cMcsgftkHn

Sort:  

Upvoted! Thank you for supporting witness @jswit.
default.jpg

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.11
JST 0.034
BTC 66499.54
ETH 3203.31
USDT 1.00
SBD 4.14