Semoga diberikan Hidayah

in #hidayahlast year

Ada saya mau cakap ba sikit. Jangan kamu marah. Anu ba begini.

Kita ni di Malaysia kan, berbilang agama, kepercayaan dan bangsa tapi kita tak boleh pukul rata semua orang supaya ikut ajaran kita. Benda ni lama sudah berlaku dan sering berlaku pada saya. Sampai ke hari ini ramai yang PM saya dan cakap SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH MEMELUK ISLAM SEBAB AKHLAK KAMU BAGUS, SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH MENUTUP AURAT SUATU HARI NANTI.

Sekali lagi, saya terpaksa post begini untuk memaklumkan, saya dilahirkan sebagai seorang Kristian. Muktamad.

Walaupun saya tidak alim tapi jangan pandang saya macam saya ini orang tiada agama. Hormati saya dan keluarga saya. Saya tiada masalah dengan agama Islam tapi jangan simply say SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH pada kami. Kami ada ajaran sendiri yang ibubapa sudah terapkan dari kecil.

Walaupun kami ini minoriti saja di Malaysia tapi kami juga perlu diberikan perlindungan dan memelihara akhlak serta agama kami daripada diperlekeh. Seolah-olah macam akhlak kami tak bagus bila beragama bukan Islam.

Cuba kalau kamu, tiba-tiba orang datang pada kamu dan buka Holy Bible terus bacakan firman Tuhan menurut Kristian untuk kamu, apa kamu rasa? Tiba-tiba orang cakap SEMOGA DIBERKATI UNTUK MASUK KRISTIAN. Tak selesa, kan? Rasa mahu marah sebab orang tak hormat kamu, kan? Rasa takut dan seram pun ada sebab berfikir desperate sangatkah mahu orang tahu pasal Kristian. Begitulah itu perasaan saya kalau kamu mahu tahu.

Saya Kristian tapi kalau kamu nampak saya, kamu takkan pernah nampak saya pakai pakaian yang menjolok mata. Saya jaga penampilan saya. Tutup apa yang patut. Keluar rumah mesti seluar panjang longgar, baju T-shirt longgar. Bezanya saya tak pakai tudung saja. Adik-beradik saya pun begitu. Uniform kerja saya pun tak ketat. Memang longgar 1.5 inci saya minta tukang jahit buatkan. Saya memang jenis suka pakai something yang loose sebab keselesaan.

Jadi saya mohon kepada semua termasuk friend and follower saya, don't simply say soal hidayah. Jangan perkecilkan nilai agama kamu yang besar iaitu Islam. I read a lot about Islam for my own knowledge same goes to Buddha, Hindu agama tertua di dunia. Culture lain pun saya baca untuk pengetahuan sendiri.

Kita hormat sesama kita. Kita tahu agama kita baik jadi jalankannya sesuai dengan apa yang dituntut. Tak perlu nak meng-Islam-kan ataupun meng-Kristian-kan semua orang. Kita masuk bilik, buka kitab masing-masing dan belajarlah tanpa rasa jemu supaya kita tahu apa nilai yang perlu diamalkan.

Minta maaf saya suarakan hal ini.

Salam damai dan Tuhan memberkati.

IMG_6330.jpeg

Sort:  

You've got a free upvote from witness fuli.
Peace & Love!

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.16
JST 0.028
BTC 74877.97
ETH 2797.38
USDT 1.00
SBD 2.54