Fahamkah tidak?
Hari ni my officemate cerita tentang perkongsian dia sewaktu di gereja. Pastor memberitahu mereka "Kamu patut mengambil peluang yang ada sewaktu anda masih sihat walafiat untuk mengkhabarkan injil Tuhan. Di mana anda masih sihat tubuh badan dan mudah bergerak di sana sini tanpa sebarang masalah. Peluang itu tidak mungkin akan ada lagi apabila kamu telah jatuh sakit atau ditimpa kemalangan lalu kehilangan sebelah kaki".
Tetiba, kedengaran suara sumbang dari belakang memanggil pastor.
Pastor! Pastor!
'Kenapa?'
Pastor! Pastor!
'Iya, apa dia?'
Lalu dia berkata,
Pastor! Kalau tiada sebelah kaki, drivelah kereta auto!
Balas pastor,
'Buduh bah kamu nie!!!'.😱😱
Yang lain cuma mampu ketawa mendengarkan kata-kata dari pastor.😂😂😂
Oleh itu fahamilah apa yang orang lain ingin sampaikan. Kalau tidak faham tanya, kalau sudah faham dengar, jangan buat-buat bodoh nanti kena bodoh..😆😂😂
Macam mana pahamnya?
Maksudnya, sila fahami kata-kata seseorang sebelum berkata-kata.
Ya paham sebelumnya