dApps Bersatu! Fundition dan Utopian.io Bekerjasama untuk Memperkukuhkan Inovasi Sumber Terbuka

in #funditian6 years ago


Artikel ini menerangkan tentang kerjasama di antara Fundition dan Utopian.io. Ini adalah link asal bagi artikel: dApps Unite! Fundition and Utopian.io Join to Empower Open Source Innovation

Pembiayaan dibina berdasarkan kolaborasi (Collaboration), di mana ia bertujuan untuk membantu membawa orang ramai ke arah satu matlamat bersama. Di belakang takbir Fundition, kami bergabung idea Pengasas (Founders), Penyokong (Supporters) dan Penaja (Backers) bekerjasama untuk mengubah dunia dan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Selepas tujuh bulan sejak penubuhannya, Fundition dengan bangganya mengumumkan kerjasama dan rakan kongsi dengan Utopian.io, serta inisiatif menggunakan blockchain Steem untuk memberi insentif kepada kerjasama pembangunan sumber terbuka.


(Illustrasi oleh @sndbox)

Utopian.io adalah salah satu platform pertama yang dibina di blockchain Steem dengan visi yang serupa dengan Fundition. Utopian.io (@ utopian-io) bertujuan untuk memberi banyak sumber kepada pembangunan dan promosi projek sumber terbuka, dan memberi ganjaran serta sumbangan profesional kepada projek sumber terbuka di dalam dan di luar blockchain Steem. Sejak penubuhannya, Utopian.io telah mengedarkan ribuan STEEM kepada projek dan penyumbang FOSS di seluruh dunia, dan sudah membantu berpuluh-puluh pemilik projek menrelisasikan dan mempromosikan visi mereka.

Dengan visi kolaborasi yang sama dan kejayaan projek inovatif, kerjasama di antara kedua-dua pihak adalah secara semulajadi. Kami sangat teruja untuk menawarkan anda peluang ini untuk memperkukuhkan projek sumber terbuka anda dengan gabungan kuasa dan jangkauan Fundition, dan akses kepada komuniti penyumbang sumber terbuka Utopian.io.

Utopian.io + Fundition.io = Kejayaan Sumber Terbuka

Jika anda seorang pengasas projek FOSS, atau sedang memikirkan untuk memulakan satu projek- anda sangat bernasib baik! Fundition dan Utopian adalah kombinasi terunggul bagi “crowdfunding” dan “crowdsourcing”. Ia dapat membantu pertumbuhan serta pembangunan idea dan visi anda.

Menyokong Projek Sumber Terbuka ANDA

Untuk menrelisasikan impian Sumber Terbuka anda, dua perkara utama anda perlu memberi perhatian – anggaran belanjawan dan komuniti penyumbang profesional yang bersemangat. Jika anda ingin mendapat sokongan daripada kami, perkara pertama yang anda perlu melakukan ialah membuat kempen di Fundition bagi projek anda dan mempromosikannya.

Apabila anda memulakan projek di Fundition, ia harus termasuk:

Penerangan: Membuat satu penerangan projek yang menarik dan terperinci, termasuk pengenalan projek dan pasukan, imej dan video yang relevan, matlamat projek dan cerita di sebalik inisiatif sumber terbuka anda.

Matlamat: Jangan lupa menyertakan satu matlamat yang ringkas bagi projek yang disebut di atas.

Ganjaran: Bahagian pilihan ini adalah untuk memasukkan ganjaran atau insentif untuk penyokong yang berpotensi anda. Ia boleh membantu meningkatkan keterlihatan kempen crowdfunding anda.

Bagaimana Menerima Sokongan bagi Projek Anda dari pihak Utopian.io

Untuk mendapatkan sokongan daripda @ utopian-io bagi projek anda, pengasas projek perlu memastikan bahawa artikel yang sudah dikemas kini anda ditandakan dengan tag yang betul, bagi disertakan sebagai sumbangan kepada kategori blog pada Utopian.io.

Sebelum “frontend” Utopian.io baru diumumkan kepada orang ramai, anda hanya perlu memasukkan tag berikut dalam artikel Steem anda yang diterbitkan melalui frontend pilihan Steem anda (steemit.com, busy.org, dan sebagainya): Utopian-io sebagai tag pertama dan blog sebagai kedua. Jangan lupa menambahkan URL ke repositori github anda di bahagian atas artikel anda.

Pastikan anda benar-benar memahami dengan "Dasar penyertaan komuniti dan garis panduan penerbitan untuk Utopian.io dan kategori tertentu".

Tag terakhir untuk disertakan adalah tag bagi projek Fundition anda untuk menghubungkan artikel anda antara Steemit dan Fundition. Anda boleh mencari tag ini dalam berita projek anda.


Sila ambil perhatian bahawa @ utopian-io hanya akan “upvote” artikel anda dalam kategori blog utopian.io bagi ulasan artikel dan peraturan penarafannya.

Sekiranya anda mempunyai soalan, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan dan peluang Utopian.io boleh menawarkan kepada projek sumber terbuka anda, sila menyertai saluran “#project-owners” milik “Utopian.io Discord”.

Marilah kita mengubah dunia menjadi lebih baik bersama-sama!




Join a community with heart based giving at its core

steemitf.png
twitterf.png
youtubef.png
facebookf.png
instaf.png
discordf.png



Posted from my blog with SteemPress : http://wilhb81.vornix.blog/2018/07/30/dapps-bersatu-fundition-dan-utopian-io-bekerjasama-untuk-memperkukuhkan-inovasi-sumber-terbuka/
Sort:  

nice, upvoted

你好!快来使用超级好用的steemit客户端---Partiko,这个可是我们华人团队开发的哦。假如我的留言打扰到你,请回复“取消”。

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Congratulations! Posting anda masuk peringkat 7 kategori Tulisan Dengan Upvote Terbanyak, di 10 Besar Tulisan Hari Ini di https://steemit.com/peringkat/@puncakbukit/10-besar-tulisan-hari-ini-senin-30-juli-2018 ..

Terima kasih bapak, amat teruja ni :D

Congratulations! Artikel anda masuk peringkat 4 kategori Tulisan Dengan Upvote Terbanyak, di 10 Besar Tulisan Hari Ini di https://steemit.com/peringkat/@puncakbukit/10-besar-tulisan-hari-ini-minggu-5-agustus-2018 ..

Terima kasih bapak :D

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 56570.01
ETH 3028.13
USDT 1.00
SBD 2.29