Apa Yg Anda Perlu Tahu Tentang Ether

in #ethereum7 years ago

Sebelum saya meneruskan tentang cara untuk membeli altcoin di exchanges, jom kita berkenalan dulu dengan Ether.

Secara ringkasnya, Ethereum adalah sebuah blockchain platform. Manakala, Ether pula adalah cryptocurrency bagi platform Ethereum. Sesiapa dengan kemahiran menggunakan Solidity programming language boleh menggunakan Ethereum network untuk menulis Smart Contract dan juga mencipta decentralized applications (DApps).

Kalau nak tahu secara lebih teknikal ttg perbezaan di antara Bitcoin, Ethereum dan Ripple, saya cadangkan anda baca artikel ini - The case for Ethereum maximalism

Ether merupakan antara 3 cryptocurrency yg telahpun mencecah market cap US$100 billion selain Bitcoin dan Ripple.

Harga Semasa Ether

Setakat artikel ini ditulis, harga Ether telahpun melonjak ke RM5,302.50 untuk harga belian, dan RM5,124.14 untuk jualan satu Ether.

Imgur

Check Gas Price Dulu Sebelum Transfer Ether

Sebelum nak transfer ke mana-mana, pastikan anda check dulu berapa Gas Price & masa yang diperlukan untuk transaksi anda lepas dengan menggunakan EthGasStattion.

Imgur

Semasa Ethereum Network sibuk, anda perlu meningkatkan Gas Price yg anda sanggup bayar jika inginkan transaksi diproses dengan segera. Seperti contoh di bawah, jika anda letakkan 20 Gwei, anda perlu menunggu lebih kurang 27 minit sebelum transaksi anda diproses.

Untuk 40 Gwei, anda perlu menunggu selama lebih kurang 4 minit.

Jika inginkan transaksi pantas, anda boleh membayar lebih dan menggunakan 69 Gwei seperti yang dicadangkan.

Imgur

Pastikan anda menggunakan gas price yg sesuai agar tidak rugi dan terpaksa membayar gas walaupun transaksi tidak berjaya.

Untuk bacaan lanjut - Ethereum: Ether, Ether Gas, Gas Limit, Gas Price & Fees

Saya akan kongsikan cara untuk membeli altcoin di exchanges di artikel seterusnya.

Sort:  

terbaik tuan

Terima kasih tuan :)

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.21
JST 0.035
BTC 98577.14
ETH 3328.76
USDT 1.00
SBD 3.09