POETRY #MENTAL

in #busy8 years ago

MENTAL

Mengapa rindu ini
terasa amat menyakitkan
sedang aku berjalan
mataku buta dari pandangan
kerana ku melihat
bayanganmu di ruang ingatan
tidak aku sedari
cuaca panas mahupun hujan

sakitnya rindu ini
bagai tangan yang hampir tenggelam
kerana rindu menyampaikan
jiwaku ini ke lain alam
tidak aku hiraukan
perubahan siang dan malam
rindu telah mencengkam
ke dasar hati yang paling dalam

aku saksikan seraut wajahmu
menjelma pada dinding batu
aku seru namamu sayang
datanglah kepadaku
ke arah manapun mataku tertumpu
di situ adanya engkau menunggu
bersama lambaian tanganmu

merindu padamu
sehinggakan hembusan angin
yang membawa aku pergi

merindu padamu
sehinggakan aku bertanya
Di mana tempatnya aku berdiri?

merindu padamu
sehinggakan tidak aku kenali
siapa diriku lagi

merindu padamu
sehinggakan akal yang diberi
tidak lagi berfungsi

IMG_20180116_132838.png

Coin Marketplace

STEEM 0.04
TRX 0.32
JST 0.081
BTC 61426.98
ETH 1631.00
USDT 1.00
SBD 0.42