Perihal betik #localfruits di hospital

in #betik4 years ago (edited)

Bila makan betik ni, tetiba teringat masa kat hospital 5 bulan yang lepas. Sensorang je masa tu....
.
Tiap kali time melawat, tak de orang pun Melawat kita. Rasa sedih jer tengok orang lain ada family, kawan-kawan, saudara-mara datang melawat. Family sendiri pun boleh datang seminggu sekali jer sebab kekangan kerja dan kena jaga anak (budak-budak tak boleh dibawa melawat di hospital). Suami pun jauh.... datang pun masa cuti dan berulang-alik dari Shah Alam-Kuala Pilah
.
Ketika tengah sedih tu, tiba-tiba langsir katil aku diselak oleh seorang wanita muda. Dia jiran katilku. “Akak mahu betik tak? Ibu mentua saya bawakkan.... dia suruh bagi akak...”
.
Masa tu aku rasa syahdu gila! Nak nangis pun ada sebab perut memang betul-betul lapar! Ditambah pula dengan penyakit GDM aku. Aku memang kena pantang makan kat hospital.... dahlah kena warded lama, makan pun kena control.
.
Masa ni, aku sedar orang kat luar tu memang betul-betul tak guna, haha! Takkan lah setiap masa aku nak update Facebook beritahu aku sakit tu aku sakit ni. Aku sendiri pun meluat 😓 (Mungkin faktor kematangan)
.
Tetapi tulah.... bila kita muhasabah balik, kita sendiri pun takde pun bertanya khabar orang lain.... kenapa perlu bersedih jika orang lain tidak peduli tentang kita 😌
.
So, aku pun teruskan lah kehidupan seperti biasa... yang mana aku sempat menyambungkan silaturahim, aku keep in touch la. Yang mana aku tak de contact tu, maaf la ya jangan terasa... aku pun manusia biasa juga 😄
.
Sebab itu pentingnya menjalinkan hubungan silaturahim ni.... sekian
.

WhatsApp Image 2020-06-03 at 3.32.31 PM.jpeg

.
.
By,
batumelukut
.
.

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.16
JST 0.029
BTC 61821.96
ETH 2402.01
USDT 1.00
SBD 2.57