(Spoiler) Noob Film Review - MANAP KARAOKE by Mamat Khalid

in #aaa2 years ago (edited)

intro.jpg
Karaoke Bergerak Gembira Ria adalah....

Punyalah susah nak start dalam industri ni

Minta kat AJK Surau yang overspend on PA System tak dapat. So kenakallan Manap ni dia curik terus ‘Spiker’ and ‘M’ dari Surau. Nak dapatkan ‘Jinsit’ kena pakai orang dalam dari surau, tapi pasal tak dapat cukup habuan burger, (nama agen tu pun Burger) cover Manap dah kantoikan.

Bilal pun asyik baring macam ‘Sleeping Buddha’. Santai sampai barang surau kena tapau pun tak perasaan.

villian.jpg
Taiko tai jugak yang baik

Last2 yang kasi pinjam duit nak beli lorry adalah Ahlong Taiko Tai gak. Walaupun Ahlong tapi berhati mulia dan tak makan bunga. Tapi kalau tak bayar memang kena “I cut your leg (leher) you know!”

Sampai hanya boleh berharap pada tangkal gigi harimau, doa dan nasib.

Dah start business Karaoke bergerak, Jamizan kawan Manap masa budak2 pun balik ke kampung. Hubungan mereka membawa pada pengenalan watak Rauf Borgiba yang jelas tidak senang dengan hubungan mereka dan akhirnya ingin membalas dendam dengan menghancurkan karaoke bergerak Gembira Ria.

langit.jpg
a sign from above?

Siapakah Manap?

Dipermulaan cerita kamera ‘pan’ dari langit ke tanah perkuburan dan tok imam berkata

"Manap ni baik orangnya".

Membuatkan penonton ingat yang Manap yang sedang dikebumikan.

Dipengakhiran filem, seorang yang hadir ke pengkebumian bertanya,

“Tapi Manap dimana sekarang tok?”

Bermakna bukanlah Manap yang dikebumikan tapi cerita tentang Manap dan perjuangannya. Bilal siap berkata

"...adventurous jugak ye cerita si Manap ni..." (sambil menuding ke arah kubur)

Lantas Manap terus kelihatan di jalan luar tanah perkuburan tu bertukar dari lori ke motor roda tiga bersama-sama Wahab B (the silent partner) dan Jamizan.

manap.jpg
an allegorical divine superhero?

Dari permulaan cerita, asal Manap ni adalah seorang bayi yang dibuang di rumah keluarga Pak Mid yang tidak boleh melahirkan anak (sound biblically familiar?).

Dan ‘que’ camera dari langit ke tanah perkuburan di permulaan filem memberi ‘hint’ yang Manap ni bukanlah manusia biasa. (ataupun manusia biasa tapi menghadapi cabaran yang luarbiasa). Ataupun apa yang diusahakan Manap ni diberkati oleh tuhan.

Seni dan ilham di hati Manap ni adalah pemberian tuhan. Dan banyaknya sudah terkubur, akibat hasad dengki dibakar oleh orang seagama dan sebangsa (bertongkat (dapat bantuan duit), bersongkok dan berserban). Tapi pada pengakhiran filem, semangat seni tetap hidup dan Manap muncul kembali setelah namanya disebut.

Bak kata pepatah yang terkenal “Remember my name and I will live a thousand years”.

Manap adalah pengiat seni itu sendiri. Mungkin juga boleh disebut sebagai 'Mana Pi'.
Ke 'Mana Pi' lah industri seni kita ni. Di bakar oleh mereka yang bertongkat dan bersongkok (hmm siapa agaknya).

Karaoke Bergerak Gembira Ria adalah alegori industri filem tanahair?

guling.jpg
Sekarang ramai kena sawan guling-guling melihat nasib industri.

Tak payahlah dimentionkan nilai2 nostalgia dan kemajmukkan masyarakat negeri Perak dalam filem ini. Memang dah forte otai Mamat Khalid.

  • plays Sam Hui (The Prodigal Son)

    SLEEPINGBUDDHA.jpg
    tidurlah bangsaku

Thanks for dropping by!
#teammalaysia
@teammalaysia

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.07
JST 0.030
BTC 20430.23
ETH 1185.51
USDT 1.00
SBD 2.96