MERDEKA CHALLENGE - Tanggal 31 OGOS DETIK PALING BERSEJARAH...!!!!!

in #steemit7 years ago (edited)

Bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan , bulan yang paling bermakna dalam sejarah Negara Malaysia. Atas sebab inilah saya memilih Negeri Melaka sebagai destinasi lawatan saya. Saya amat tertarik dengan bumi Melaka kerana di sinilah lahirnya sebuah sejarah yang tidak dapat dilupai. Di sinilah bermulanya zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Siam.

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. 

Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam . Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. 

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. 

 Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. 

Gambar ini ialah Kota A Famosa. Bangunan ini membawa seribu kenangan tentang penjajahan Portugis di Melaka.  Pada tahun 1511, Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemasyhuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan tertewasnya Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun. Portugis membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang serangan.

Seterusnya dikongsi bersama sebuah video tentang  Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu.

 

 


Ini merupakan bangunan Stadthuys. 

Maksud Stadthuys adalah 'State House' atau dalam bahasa Melayu bermakna Dewan Bandaran. Stadthuys telah menjadi salah satu bangunan yang tertua dibina oleh penjajah Belanda di Melaka. Namun, tidak terdapat apa-apa rekod yang dapat membuktikan dengan tepat tarikh bangunan ini dibina. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan bangunan tersebut dibina antara tahun 1641 hingga 1656. 

Bangunan ini membawa seribu kenangan tentang penjajahan Belanda di Melaka. Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewaskan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824. 

Saya juga berkesempatan melawat sebuah kapal peninggalan Portugis. Kapal ini tidak lagi digunakan dalam peperangan tapi telah diubah menjadi sebuah Muzium Kapal.

Dalam Muzium Kapal ini ada memaparkan kisah-kisah penjajahan Inggeris di Melaka. Inggeris merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan Tanah Melayu. Inggeris amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di Tanah Melayu , sekarang ini dikenali sebagai Malaysia. Inggeris bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Namun lama-kelamaan keinginan terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu. Pihak Inggeris berada di Tanah Melayu dari tahun 1824 hingga 1957.

Negeri Melaka memang sesuai digelar Bandaraya Bersejarah kerana dari pandangan mata kasar didapati negeri ini penuh dengan khazanah sejarah silam. Bersempena dengan bulan Kemerdekaan , hampir setiap pelusuk di Negeri Melaka dikibar dan dihiasi dengan bukan sahaja jalur gemilang malah dipamerkan hasil lukisan murid-murid dan pelajar-pelajar.

   

Ini contoh hasil lukisan murid-murid dan pelajar-pelajar yang dipamerkan di Mahkota Parade.

Negeri Melaka sekali lagi dihiasi dengan berbagai-bagai saiz jalur gemilang. Berikut adalah gambar yang sempat saya tangkap.

Tidak hiaranlah pada 15 April 1989 Melaka diisytiharkan sebagai " Bandaraya Bersejarah "oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad Perdana Menteri Malaysia keempat. 

Tanggal 31 Ogos detik bersejarah kerana Malaysia bebas dari cengkaman penjajah.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-60. Semoga Malaysia terus aman dan makmur.


 


Sort:  

im drop by here jalan2 jom

Memang pun negeri Melaka merupakan negeri yang paling dijajahi, oleh itu lah sejarahnya amat bermakna. Malangnya sejarah Malaysia untuk anak-anak masa kini telah dipermudahkan dan banyak peristiwa yang bermakna telah dikecualikan.
Good effort to promote the Bandar Bersejarah @leemeili
All the best in the Team Malaysia Merdeka challenge .
Remember to follow all the criteria.
;)
upvoted

Thanks for your comments and upvoted my post @littlenewthings

This is a great post. Did not realized that you are so fluent in Bahasa as well. That is because we are all Malaysians and we can speak different languages. This my Merdeka Post.
On the eve of Malaysian's Independence Day, this is my dream for Malaysia.
Let Us Dare To Dream

Thanks for your comments @positivesteem For your information i m a Bahasa teacher by profession. I have taught Malay language for 29 years. Majoring in Pengajian Melayu.

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.20
JST 0.034
BTC 92452.51
ETH 3105.57
USDT 1.00
SBD 3.16