The Tradition of Kadazan Ethnic - Part 2

in #education6 years ago (edited)

As mentioned before, so starting from today I will explain the Kadazan's Tradition in malay (uiksss, syioknya..lol).

IMG_20180119_200110.png
Source

Bagi pengetahuan semua, terdapat 78 jenis sogit atau denda yang telah menjadi amalan masyarakat kadazan. Diantaranya ialah sogit pasangan yang berzina, sogit adat bermadu, sogit bersalin dirumah orang, sogit mengganggu kubur orang, sogit meludah sewaktu didalam kemarahan, sogit mengeluarkan kata-kata kesat walaupun sekadar bergurau dan banyak lagi. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi dan menghuraikan 2 jenis sogit yang berlaku diantara keluarga terdekat.

Seringkali kita mendengar atau membaca artikel tentang sumbang muhrim yang sering berlaku diantara keluarga terdekat tidak kira di dalam atau diluar negeri. Dalam adat kaum kadazan, sekiranya perkara ini terjadi maka Sogit Kepanasan atau Sogit Kepanasan Sumbang Muhrim akan dijatuhkan kepada pesalah. Untuk mengetahui tentang jenis sogit, sila klik di sini.

1 - Sogit kepanasan diantara bapa dengan anak kandungnya
Situasi A : Perempuan didapati mengandung.
Si perlaku lelaki akan didenda 1 ekor kerbau mengikut adat kepanasan kampung yang mana kerbau itu akan dikongsikan kepada semua penduduk kampung. Selain daripada itu dia akan diusir dari daerah, tidak boleh berkahwin, dan akan dipenjara selama 2 tahun tanpa boleh diikat jamin.

Bagi si perempuan pula, dia akan didenda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau, tidak boleh berkahwin dan akan dipenjarakan selama setahun.

Situasi B : Perempuan tidak mengandung.
Perlaku lelaki akan didenda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau, diusir dari daerah, tidak boleh berkahwin dan akan dipenjara selama 1 tahun. Manakala bagi perlaku perempuan, dia hanya akan didenda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau dan dipenjara selama 6 bulan.

2 - Sogit kepanasan diantara adik beradik seibu sebapa
Jika perlaku perempuan didapati mengandung, perlaku lelaki akan didenda adat kepanasan sumbang muhrim kampung 1 ekor kerbau, denda kepanasan/pitas 1 ekor kerbau dan boleh berkahwin.
Seandainya perlaku lelaki tidak mampu membayar denda pada waktu itu, maka dia akan dipenjara selama setahun. Walaubagaimanapun, dia masih perlu menjelaskan denda tersebut setelah keluar dari penjara.

Manakala si perlaku perempuan akan dikenakan denda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau dan akan dipenjarakan sekiranya dia tidak mampu membayar denda. Sama seperti perlaku lelaki, si perlaku perempuan masih perlu menjelaskan denda tersebut setelah keluar dari penjara.

Well, sekian dulu entry saya kali ini, diharapkan anda boleh memahami maksud yang saya ingin sampaikan yeah (sebab pening sudah saya mau explained untuk korang 😩).

Kepada yang ingin membaca entry sebelum ini sila click Introduction dan part 1.

#proudtobekadazan
#sharingiscaring
#stilllearing

Sort:  

Akhirnya, dalam bahasa, so gives us more maybe some language? Perhaps you teach us some of the popular quotes or sentences?

Sure, next time lh..cerita bahasa kadazan..tp org xfhm lh pula..hahaha

Complicated to explainkan 😁 by the way good info. Nanti sia tunggu next post ko kio! Siok juga mo belajar adat istiadat kita yg makin hilang di telan zaman. Thanks again dor sharing!

Yabah, byk kali mo baca..takut salah bagi info..nnt kena sogit pula sy..hahaha

Saya pun bangga jadi anak dusun..hihi..done upvote n follow.plz do the same for me.sya pula post pasal Tamparuli.saya promote Tamparuli.hihihi..

Ok , anyway good job!

Im proud to be kadazan too! Ada juga dgr pasal sogit2 ni.. dulu-dulu mungkin selalu dan wajib diamalkan kali kan tapi sekarang mungkin ada tapi kurang-kurang sudah. Kebanyakan muda mudi sekarang tidak sudah ikut betul tu adat2 yang dulu-dulu..

Tu lh bh..time sy wat nie pun, sy rasa sayang pula..sebab penekanan tentang sogit nie mmg bagus utk kit hormat org lain.

I've never heard such type of Sogit before maybe because such cases are very rare and victims doesn't want it to get spread in the newspaper. Saya rasa undang - undang adat ini di terima pakai di mahkamah anak negeri.

Iya..imagine kalau ko kena byr sogit kg. 1 kg taw ko wat salah..hahaha

Bah...ngam ini. Undang - undang ini telah lama bersama dengan kita.

Biasanya Ketua kampung atau KAN, WKAN yang tahu pasal adat istiadat.

Sekarang ini, di steemit pun kita bole tau sudah..
Thank you for sharing @ivora

Sharing is caring bh kan..hehehe

Wah banyak juga denda tu ya bro. Tapi rasanya penting juga tu utk memastikan keharmonian di dalam sesebuah kawasan. Nice sharing & please keep it coming :)

Thank you

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 61933.08
ETH 3414.16
USDT 1.00
SBD 2.48