The Tradition of Kadazan Ethnic - Interlude

in #education6 years ago (edited)

Semalam saya berkesempatan berbual-bual dengan Ziama (bapa). Topik perbualan kami termasuklah tentang adat istiadat di Sabah khususnya suku kaum kadazan yang saya kongsikan di dalam steemit. Dia berasa sangat bangga dan berbesar hati untuk menolong saya memahaminya.

IMG_20180128_145602.png
Image: Source from Google

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ama, Nokuo tuh songian zou mambasa buuk kokomoi adat dotokou, muguhi-guhi nopo kalabau om vogok ih sogit dau?" (Kenapa apabila saya membaca tentang sogit (denda) adat kita, seringkali sogit itu adalah kerbau ataupun babi sahaja?). Balasnya "Tuhun izotokou nopo ih pogulu nga au anangan do miodu. Anangan tokou do pibabasan, dadii dandaon tokou nopo ih tuhun di nakahasa" (Dahulunya, generasi kita tidak suka pertengkaran tetapi lebih suka kepada kedamaian. Oleh yang demikian, kita cuma akan mendenda pihak yang bersalah).

Sambungnya lagi "Okon koh miaga tuhun tokou do baino, onini hal nga mugad nodii momoluput pulis om oviton mugad kuut" (Bukan seperti masyarakat zaman sekarang, perkara yang kecil pun mereka sudah membuat laporan polis dan membawanya ke mahkamah).

IMG_20180128_150356.png
Image: Source from Google

Sejenak saya terdiam apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Ziama. Sesungguhnya saya sangat tertarik dengan kata beliau. Dahulunya, indah sungguh adat yang diturunkan oleh nenek moyang kita. Adat yang disusun dan diatur dengan begitu teliti agar masyarakat kita bersatu-padu, saling hormat menghormati dan menjauhkan perkara yang tidak elok. Malangnya, sebahagian besar adat tersebut tidak lagi diguna pakai dan apa yang lebih menyedihkan adalah apabila generasi kini menggangapnya sudah lapuk ditelan zaman.

Ziama turut memberi galakan kepada saya agar terus menghabiskan perkongsian tentang adat resam nenek moyang agar semua orang tahu bertapa masyarakat sebelum ini hidup aman damai. Diharapkan dengan bantuan beliau, saya dapat memahami adat kita dengan lebih mudah dan seterusnya berkongsi dengan anda semua. Semoga dipermudahkan.🙏🙏🙏

Kepada yang ingin membaca entry sebelum ini sila click:
Introduction
part 1
part 2

#proundtobekadazan
#sharingiscaring
#stilllearning

Sort:  

Tiba2 ada kadus owh...

Expert: a man who makes three correct guesses consecutively.

Thank you..😊

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 61232.75
ETH 2977.74
USDT 1.00
SBD 3.60