Blocktrades | Penyelesaian Masalah Am dan Soalan Kerap Ditanya - General Troubleshooting and FAQ
This article is translation authorized by and for @blocktrades. You can access the original article by clicking here: https://blocktrades.us/support/home/help/troubleshooting
Artikel ini merupai artikel translasi dibenarkan oleh dan untuk kegunaan @blocktrades. Kamu boleh mengunjungi laman asal dengan saluran pautan ini: https://blocktrades.us/support/home/help/troubleshooting
Penyelesaian Masalah Am dan Soalan Kerap Ditanya
Isi kandungan
Penyelesaian Masalah Am dan Soalan Kerap Ditanya
Soalan selalu ditanya
Dagangan saya telah selesai, tetapi saya belum dapat apa-apa lagi
Dagangan saya telah dihantar ke alamat yang salah
Dagangan saya telah gagal
Berapakah fi yang akan dikenakan?
Dangangan saya sepatutnya bernilai lebih tinggi
Kenapa servis tergendala
Saya tidak dapat akses ke akaun Steem
Saya tidak dapat log masuk akaun BlockTrades
Bolehkah anda masukkan dagangan coin ini?
Kenapa permintaan Kebenaran(authorization) ditolak
Hubungi kami
Kami selalunya bersedia untuk menjawab soalan anda, sekiranya kamu mengambil tindakan untuk menyiasat masalah atau kesusahan yang kamu hadapi.
Kamu sepatutnya menyemakkan status bayaran kamu di penjelahaj blok(block explorer) untuk mengenalpastikan adakah transaksi tersebut berjaya sampai kepada pihak kami. Jikalau transaksi tersebut masih tertunda(pending), maka pihak kami tidak terima transaksi tersebut, dan pihak kami tidak dapat ambil sebarang tindakan. Selalunya proses transaksi yang tertunda lama, kemungkinan transaksi tersebut kekurangan fi, ataupun disebabkan oleh masalah blockchain, tetapi jangan kamu bimbang, pihak kami akan memproseskan transaksi tersebut sekiranya penghantaran kripto tersebut sampai kepada pihak kami. Sementara itu, jikalau status transaksi gagal, maka mata wang kripto yang kamu hantar itu, tidak berjaya dikeluarkan oleh dompet, sekiranya rangkaian blok dikemaskini ia akan muncul semula di dompet anda. Dimaklumkan jikalau dompet kamu ada dihos oleh pihak ketiga, kemungkinan akan makan masa untuk dikemaskini, dan kemungkinan pihak hosting kamu perlu membuat proses yang lebih banyak untuk mengembalikan mata wang kripto kepada kamu.
Soalan Kerap Ditanya(FAQ)
Dagangan saya telah selesai, tetapi saya belum dapat apa-apa lagi
Jika senarai transaksi menunjukkan dagangan kamu telah selesai, tetapi kamu belum dapat apa-apa lagi, kamu boleh menyemak transaksi tersebut di penjelajah blok(blok explorer), untuk mengenalpastikan transaksi tersebut telah sampai di alamat mana. Biasanya alamat yang disampaikan senang dikesankan oleh hash transaksi dari senarai transaksi, ataupun kamu boleh mencari alamat penerima di block explorer untuk mencari transaksi yang kamu tengah menunggu penerimaan.
Jika transaksi tersebut telah disahkan berjaya sampai di alamat dompet anda, maka anda perlu mengemaskini dompet anda. Jikalau dompet anda dihos oleh pihak ketiga atau pusat dagangan pihak ketiga, maka anda perlu menghubungi mereka supaya mencari bantuan. Jika transaksi pengeluaran tersebut tertunda(pending) terlampau lama, sila buat laporan dan minta bantuan daripada pihak kami, kami akan memberi bantuan kepada anda untuk menyelesaikan segala kesulitan.
Nota peringatan: Penjelajak blok perlu disemakkan dan mengenalpasti transaksi tersebut berjaya disahkan, untuk mata wang kripto muncul di dompet anda.
Dagangan saya telah dihantar ke alamat yang salah
Kami faham atas segala kecuaian yang mungkin berlaku, dan pihak kami telah mengambil perhatian dan mengambil inisiatif untuk mengesan kecuaian dan kesalahan menaip, tetapi kemungkinan salah kiriman mata wang kripto masih boleh terjadi jikalau alamat dompet yang ditaipkan oleh pelanggan kami kebetulan ada penerima. Duka citanya jikalau kesilapan betul-betul berlaku, pihak kami tidak dapat buat apa-apa untuk pulihkan transaksi tersebut. Dimaklumkan sistem transaksi kami sangat laju, kita tidak dapat menghalangkan ataupun membetulkan segala dagangan yang telah dilaksanakan.
Sila ambil perhatian untuk alamat BCH dan BTC bila buat transaksi dengan mereka: kerana kedua-dua mata wang kripto tersebut berformat serupa, kami tidak dapat mengesankan segala kesilapan taip, kecualikan pihak kami berhenti perkhidmatan untuk alamat legasi BCH. Anda boleh membaca maklumat terpreinci di sini, sekiranya anda menghadapi masalah ataupun kesilapan penghantaran kepada alamat BCH atau BTC.
Dagangan saya telah gagal
Sekiranya dagangan anda muncuk di tab gagal di dalam senarai transaksi, usah bimbang. Anda hanya perlu menggunakan kanta pembesar di sebelah kiri, dan anda boleh dapat maklumat dagangan tersebut dengan teliti. Sistem kami boleh memberitahu maklumat atas transaksi tersebut, dan biasanya pihak kami akan mengembalikan mata wang kripto kepada anda secara otomatik. Jika anda masih tidak puas, anda boleh menghubungi pihak kami dengan maklumat hash transaksi, supaya kami dapat membantu anda.
Sila ambil perhatian, jika transaksi anda muncul "User sent less than the minimum deposit amount" (jumlah penghantaran kurang dari minima deposit), pihak kami tidak akan mengembalikan transaksi tersebut.
Ini adalah jenis kesilapan ini yang kerap terjadi atas kebanyakkan kegagalan transaksi. Jumlah yang anda hantar sepatutnya lebih daripada fi transaksi. Sila mengenalpastikan jumlah minima yang diperlukan untuk melaksanakan transaksi di halaman web kami.
Berapakah fi yang akan dikenakan?
Kami tidak ada satu jawapan yang muktamat atas pertanyaan sebegini.
Fi transaksi dari rangkaian blok selalu disalurkan terus kepada pelanggan kami, dan fi transaksi adalah terapung boleh ditukar bila-bila masa terpulang kepada rangkaian blok tersebut.
Untuk pemahaman pelanggan kami, segala pertukaran mata wang kripto kami perlu disandarkan kepada senarai harga pusat dagangan lain, dan harga mata wang kripto individu, untuk menyiarkan dagangan jual beli di antara pusat dangangan lain. Pihak kami menggunakan data sebut harga dari perlbagai saluran, untuk menetapkan harga yang paling berdaya saingan. Oleh itu, pihak kami tidak dapat mengekalkan fi transaksi sekiranya harga pasaran pusat dagangan lain daripada kita. Sekiranya sesuatu dagangan yang mencukupi untuk sesuatu transaksi, dan mencukupi untuk meliput kos operasi, kami akan memproseskan transaksi tersebut. Kami ada alat applikasi sebut harga yang pantas sehingga tepatan dalam minit, dengan peralatan tersebut, kita tidak perlu lagi mengambil tahu pasal pengiraan. Kami selalu menasihati pelanggan kami memberi perhatian sebut harga kami dengan pusat dagangan lain sebelum segala perdagangan.
Dangangan saya sepatutnya bernilai lebih tinggi
Halaman web seperti Coin Market Cap memberi purata sebut harga mata wang kripto secara luasan, dan sebut harga kami tidak semestinya mengikut sebut harga pihak lain kerana kita menggunakan pengiraan melibatkan beberapa pasangan mata wang untuk mendapatkan data agregasi kami. Kesimpulannya, sebut harga kami tidak semestinya mengikut sebut harga tempat lain, dan pihak kami menasihati pelanggan kami menggunakan alat sebut harga untuk mendapat maklumat sebut harga yang terkini di halaman utama kami, sebelum membuat sesuatu dangangan.
Untuk pengetahuan anda, servis kami telah giat melalui pelbagai "pam dan buang"(pumps and dumps) masih berdaya tahan di pasaran. Baru-baru ini (pada masa artikel ini dikarang) pusat dagangan HitBTC telah melambungkan harga SBD beberapa kali ganda secara tiruan, malah harga dangangan tersebut tidak didapati di pusat dagangan lain. Pihak kami segera dapat tahu dan kami tidak dijejaskan, dan kami rasa bangga harga dagangan SBD kami kekal stabil.
Kenapa servis tergendala
Biasanya halaman servis tergendala kami hanya beberapa minit. Tetapi, kalau ada segala masalah serius, kami akan memberitahu pelanggan kami melalui blog di Steemit. Sila semak blog untuk segala berita baru dari pihak kami sekiranya laman web kami tergendala lama.
Saya tidak dapat akses ke akaun Steem
Sila meruruk kepada seksyen Pengambilan semula Akaun Steem.
Saya tidak dapat log masuk akaun BlockTrades
Jikalau anda tidak dapat log masuk akaun BlockTrades, anda boleh memulihkan kata laluan melalui sini. Sila mengenalpastikan kamu telah menambah alamat emel info"blocktrades.us di dalam senarai kenalan di dalam emel anada. Jika tidak, emel untuk memulih kata laluan dari pihak kami mungkin akan dimasuki folder spam.
Bolehkah anda masukkan dagangan coin ini?
Kami selalu berhasrat untuk memperluaskan senarai dagangan kami, dan tambahan coin dengan sumber yang kami ada. Jika anda ada coin yang ingin membuat dangangan, sila hantarkan maklumat terperinci kepada pihak kami, kami akan bertimbang untuk memasukkan coin tersebut. Mengikut polisi kami, kami tidak jamin melansung penambahan coin tersebut sehingga kita mengenalpasti kami boleh membuat dangangan dengannya.
Kenapa permintaan Kebenaran(authorization) ditolak
Selalunya permintaan kebenaran ditolak, dikenakan beberapa fakta. Kemungkinan gambar yang tidak jelas, dokumen yang tidak layak, ataupun dokumen yang dikemukakan tidak padanan dengan maklumat yang diserahkan. Anda boleh merujuk kepada profil anda sekiranya Permintaan Kebenaran anda ditolak, halaman profil ada maklumat tentang sebab yang ditolak.
Hubungi kami
Anda boleh menghubungi kami melalui steem.chat dengan mencari @blocktrades-help. Biasanya kita akan balas anda dalam 24 jam, ataupun seberapa cepat kami boleh.
Jika anda ada soalan tentang dagangan transaksi, sila mencarikan semua fakta-fakta dan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan pihak kami membantu anda secara cepat dan berkesan. Terutamanya, jikalau kami tidak dapat mengesan transaksi kamu dengan alamat emel anda, maka kami perlukan maklumat berikutnya:
- Hash transaksi dari mana anda hantar mata wang kripto kepada kami
- Ke mana [alamat deposit(https://blocktrades.us/help/glossary#deposit-address-payment-address-) yang anda menghantar mata wang kripto
- Alamat penerima yang anda masuki sementara kamu menjanakan alamat deposit
History
Blocktrades | Penjelajah Blok - Block Explorers
Blocktrades | Daftarkan e-mel anda - Registering Your Email with BlockTrades
Blocktrades | Kebenaran dan sekatan jenis mata wang - Autorizations and Restricted Coins
Blocktrades | Delegasi Steem - Steem Delegations
Blocktrades | Indeks - Index
Blocktrades | Perihal - About
Blocktrades | Urusan dagangan anda - Managing Your Trades
Blocktrades | Glosari - Glossary
@tipu curate 3
谢谢开撸沙满
Upvoted 👌 (Mana: 0/15 - need recharge?)
你那里天气如何?这是哪里?你是谁?我为什么会来这边?你不要给我点赞不要点赞,哈哈哈哈哈哈。假如我的留言打扰到你,请回复“取消”。
!shop
聚贤阁群友互动,您中奖了! 聚贤阁小乐透传送门
谢谢大佬!
Hi~ 金鱼佬!
@steemscanbot has gifted you 1 SHOP!
Currently you have: 11 SHOP
View or Exchange
Are you bored? Play Rock,Paper,Scissors game with me!SHOP
Please go to steem-engine.com.布
You lose! 你输了!乖乖的给我点赞吧!
石头
Posted using Partiko Android
It’s a tie! 平局!再来!下回我再出拳头!
石头
Posted using Partiko Android
You win!!!! 你赢了! 给你1枚SHOP币!