Motivasi: Adakah anda suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang?

in #teammalaysia6 years ago


source: canva app

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah orang sengaja mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain. Terdapat juga sesetengah orang mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang telah diterima.

Ada sesetengah jenis orang, buta terhadap realiti dimana mereka tidak menerima bahawa mereka sedang dipergunakan. Selain itu ada orang yang takut untuk mengatakan 'tidak' dan sentiasa menurut telunjuk orang. Ada juga yang terlalu lurus dan cuba untuk menjadi baik agar diterima oleh semua orang.

Inilah jenis sasaran yang paling mudah untuk dimanipulasi. Mereka mengangap anda mempunyai kelebihan tertentu yang membolehkan mereka mendapat manfaat daripadanya.

Selain itu ada orang yang tidak terfikir atau tidak mahu berfikir secara mendalam bahawa kemungkinan seseorang itu sedang mengambil kesempatan terhadap dirinya. Mereka lebih suka mempercayai bahawa semua orang mempunyai sifat yang baik. Mereka terlalu naif.

source

Jika mereka tahu tentang titik kelemahan diri anda, mereka akan mula mempergunakan anda untuk kepentingan diri mereka. Mereka juga akan memperalatkan anda dengan alasan 'pertolongan'.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada diperalatkan?

Cara terbaik yang anda dapat lakukan adalah menetapkan sempadan diri. Buatlah setakat mana yang anda mampu sahaja. Pada mulanya ia memang sukar kerana anda sudah terbiasa melakukan segala kehendak mereka. Namun, akhirnya mereka akan mula sedar bahawa mereka tidak boleh menggunakan anda lagi.

Kesimpulan

Tidak salah jika anda sentiasa berbuat baik tetapi anda kenalah sentiasa berhati-hati agar tidak dipergunakan.


"buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali"

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.

If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:

  • My name is Angela.
  • I have 3 amazing kids!
  • Flowers and kids love me.. :)
  • I never say no to cheesecake.
  • Did I mention I love flowers?
  • I believe life is too short to worry about being a bad singer.
  • In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
  • I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
  • I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
  • For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

Thanks for visiting!

Sort:  

I agree with you. Dalam dunia ni, orang apa pun ada, kadang-kala orang sengaja diambil kesempatan disebabkan nak mengambil hati. Lama-lama sekali tu masih bolehlah tutup mata, jangan terlampau sampai membuli sudahlah tu, haha... Sebab saya pun begitu juga.

Ya betul tu..
Orang cakap " rambut sama hitam, hati lain-lain " :)

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.11
JST 0.034
BTC 66077.75
ETH 3167.77
USDT 1.00
SBD 4.01