Mask Organik Dari Air Cucian Beras

in #teammalaysia6 years ago

Hi Steemians, apa khabar? Saya harap anda semua berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Kelmarin saya telah menulis petua tentang beras pulut. So, hari ini saya akan memberi sedikit petua mengenai kebaikan beras.

IMG_20180923_094655.JPG

Sekiranya anda hendak memasak nasi, apa yang akan ada lakukan pada air cucian beras?

Tahukah anda air cucian beras itu mempunyai banyak kegunaannya?

Air beras boleh dijadikan sebagai mask. Mask dari beras ini baik bagi kulit yang berminyak. Bahan semula jadi dari mask beras ini akan menyerap ke dalam kulit muka anda dan akan melembutkan dan memberi kesegaran kepada kulit muka. Selain itu, kita tidak perlu menggunakan wang untuk mask ini kerana ia diperbuati dari air cucian beras yang kebiasaannya anda buang setiap hari.

Cara-cara membuat mask dari beras.

  1. Ambil beras yang anda ingin masak seperti biasa.

  2. Isikan sedikit air. Gaul perlahan-lahan. Jangan bilas beras itu. Kemudian buangkan air beras. (tujuannya adalah untuk membuang kotoran dari beras, contohnya kulit padi dan sebagainya)

  3. Selepas itu, isikan sedikit air kemudian bilas beras itu.

  4. Tuangkan cucian air beras itu ke dalam bekas atau mangkuk.

  5. Letakkan ke dalam peti sejuk, biarkan ia mendap.

  6. Selepas itu, keluarkan dari peti sejuk. Buangkan air beras perlahan-lahan. Tinggalkan mendapan beras di dalam manggkuk.

  7. Sekarang anda boleh menggunakan mendapan air beras sebagai mask. Ambil gunakan berus makeup yang besar kemudian sapu di muka anda.

  8. Biarkan ia kering. Selepas itu cuci muka anda. Gunakan 4 @ 5 kali seminggu. Anda akan tahu perbezaannya.

  9. Selain itu, mendapan beras ini boleh dikeringkan dan disimpan di dalam bekas. Jika anda hendak menggunakan ambil sedikit kemudian campurkan dengan sedikit air.

Tahukah anda: Air cucian beras juga boleh dijadikan baja pada tumbuhan. Khasiat organik dari cucian beras itu sangat diperlukan untuk tumbesaran tumbuhan.

Saya selalu siram air cucian beras pada bunga-bunga saya dan hasilnya sangat menakjubkan. Bunga saya tumbuh dengan subur dan segar. (jangan siram pada daun, siram di tanah)

Selamat mencuba :)

Sort:  

muy interesante yo no sabía este uso para el excedente del arroz, lo intentare

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 64275.05
ETH 3147.49
USDT 1.00
SBD 4.29