UNTUKMU WAHAI DIRI..

in #poetry6 years ago

image

Di balik kerapuhan dirimu
yang kerap menghampiri
tahukah engkau bahawa
Allah menselipkan sebuah
ketegaran di dalam dirimu
untuk tetap tegak bertahan
meskipun kaki-kaki seakan
menginjak jalanan yang
berliku dan berduri sekalipun..

Di balik tiap titis tangisan
yang kadangkala jatuh
membasahi pipimu
tahukan engkau bahawa
Allah menyelipkan sebuah
kekuatan untuk bangkit
menatap ke depan seperti
apapun kesulitan yang engkau lihat..

Di balik kelemahan hati
yang kerap singgah
di dalamnya,
tahukah engkau
tahukah engkau
bahawa Allah menyelipkan
sebuah kebesaran hati
untuk tetap optimis
sekalipun keadaan seakan
menghimpitmu..

Dan di balik ketidakberdayaan
yang ada padamu tahukah
engkau bahawa Allah selipkan
sebentuk semangat kecil yang
membakar dan mengobarkan
daya juang untuk tetap bangkit
dalam setiap permasalahan
hidup yang engkau hadapi..

Innallaha ma’ana..
Bersama Allah dan Dengan Allah..

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70541.68
ETH 3582.21
USDT 1.00
SBD 4.74