Hari nie m...

in WhereIN3 years ago

Hari nie memang hari yang boleh membuat aku berduka bila tengok graf crypto coin yang aku invest jatuh merundum 😭😭

Bukan sikit-sikit jatuh, memang ketara ya amat sangat. Disebabkan aku ada invest satu jumlah yang boleh tahan juga kepada Litecoin.

Semasa aku sedang menaip post nie, harga Litecoin adalah MYR1405. Padahal, sewaktu aku membeli litecoin, harga pada masa itu adalah sebanyak MYR1550.

Sekarang aku di dalam dilema, patut aku stay atau jual segala litecoin yang aku ada. Kalau aku jual sekarang, memang rugi. Tapi kalau jatuh semakin teruk, aku akan semakin rugi.

Buat masa ini, aku bercadang untuk stay dulu. Tengok dulu macamana keadaan market.

Aku ada baca artikel di mana menceritakan bahawa Elon Musk telah membeli Bitcoin bernilai 1.5 billion USD. Kemudian, mengeluarkan kenyataan yang Tesla juga akan membenarkan pelanggan untuk membeli kereta buatan Tesla mengunakan nilai Bitcoin.

Tetapi dalam tweet terbaru Elon Musk, dia membuat pula kenyataan yang Tesla tidak akan menerima Bitcoin sebagai bayaran membeli kereta Tesla. Semuanya di atas sebab environmental.

Disebabkan tweet itu, nilai Bitcoin dan crypto coin lain turut terkesan. Aku tak tahu kenapa Elon Musk membuat kenyataan bercanggah begitu. Mungkin dia sengaja mahu nilai Bitcoin jatuh, supaya syarikat dia boleh membeli lagi banyak unit Bitcoin. Atau dia memang serius dengan Doge coin.

Terlalu banyak kemungkinan yang aku sendiri tak dapat nak pastikan. Aku cuma berharap, dalam masa seminggu lagi, harga Litecoin akan kembali pulih seperti sediakala. Mujurlah 80% modal yang aku invest ke Litecoin merupakan modal yang aku dapat hasil dari blogging di Steemit.

Jika 100% pakai duit sendiri, mungkin aku akan terasa lebih risau bila graf menjunam.

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Sort:  

Kripto ni, asset. Bukan Mata uang. U xkan Beli umah, esok naik harga hang terus juai kan? Turun harga pun, umah itu kan masih ada tanah?

Tukar mindset bro. Jangan tgk nilai muka. Tengok berapa jumlah ko simpan baru powah

@tipu curate

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Coin Marketplace

STEEM 0.24
TRX 0.11
JST 0.031
BTC 61388.48
ETH 2984.48
USDT 1.00
SBD 3.65