KEBAIKAN BERAS PERANG (Brown Rice)

in berasperang •  11 months ago

5 KEBAIKAN BERAS PERANG YG TIDAK DIKETAHUI.

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana
mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

1.Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

2.Membantu mengurangkan berat badan
Satu kajian selama enam minggu panjang diterbitkan dalam “Kajian Nutirisi” pada Februari 2008 membandingkan penurunan berat badan melalui penggantian diet dari nasi putih kepada diet baru yang mengandungi campuran beras perang dan beras hitam. Peserta kajian yang mengambil diet baru ini menunjukkan kehilangan berat badan dan lemak badan yang lebih banyak daripada peserta yang mengambil diet beras putih biasa.

3.Baik untuk pesakit Diabetes
Menurut beberapa kajian, penyelidik telah mendapati bahawa makan dua atau lebih hidangan beras perang seminggu mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Arkib Perubatan Dalaman (Archives of Internal Medicine), menyatakan bahawa jika menggantikan 50 gram beras putih (bersamaan dengan kira-kira satu pertiga daripada satu hidangan setiap hari) kepada beras perang boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 16%. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa 5 atau lebih hidangan nasi putih dalam seminggu dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes jenis 2.

4.Mengurangkan Migrain
Magnesium, satu lagi nutrien dalam beras perang telah terbukti memberi manfaat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan asma, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, dan mengurangkan kekerapan sakit kepala migrain.

5.Membantu mengurangkan risiko kanser
Khasiat kehebatan beras perang ke 3 adalah dimana ia menjadi perlindungan daripada kanser payudara. Bahan seperti Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara. Ia juga jenis beras yang dimakan akan boleh menggurangkan kolesterol. Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini. Makan beras ini akan mengekalkan berat badan seimbang kerana jika anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita sama2 ubah diet kita hari ini untuk kehidupan yang lebih sihat, ini kerana Kesihatan adalah harta yang paling berharga.
301A9E0C-8824-4344-8B84-13E35BF7B4A3-14534-000019DAE995F9A4.jpeg

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!