CHEF TERULUNG STEEMIT #12 : Peraduan Kini Dibuka - Sertai untuk memenangi hadiah istimewa!!! Jumlah Hadiah terkumpul sudah mencecah 193 SBD dan bertambah setiap hari!!! Marilah mengetahui tema didalam!!steemCreated with Sketch.

in #steemit-ironchef6 years ago (edited)

thumbnail.png

Selamat datang ke dunia Steemit dan Chef Terulung Steemit!!!

Hari ini hari Jumaat dan sekarang adalah masanya untuk mengemukakan bahan masakan misteri dan memulakan pusingan ke 12 cabaran Chef Terulung Steemit!!!

Adakah anda bersedia untuk satu lagi pusingan yang menarik di SIC!?

Sehingga hari ini kami telah melengkap 11 pusingan menarik sehingga kini dan saya percaya bahawa kami akan melihat lagi banyak blog masakan yang kami akan kenalpasti setiap minggu!
Tanpa membazir sebarang masa, saya memperkenalkan bahan masaksan misteri untuk minggu ini.

tema minggu.png

CHEF TERULUNG STEEMIT #12

Produk untuk anda masak pada minggu ini ialah….

CAULIFLOWER
cauliflower.jpg

Jangan terperanjat…satu lagi sayur untuk minggu in!!! Saya suka cauliflowers…terutamanya sekarang dimana terdapat perbagai variasi dan warna yang boleh dijumpai dimana-mana! Kita boleh melakukan masakan yang sangat mengagumkan hanya dengan produk ini!

Apa yang anda perlu buat ialah untuk menukar/menginnovasi/memberi transformasi kepada bahan yang istimewa ini!

Sebelum sesiapa bertanya, saya akan menjelaskan bahawa kamu boleh menggunakan sebarang variasi ataupun warna cauliflower yang anda suka, samada Romanesco, variasi putih baisa, berwarna hijau ataupun yang berwarna ungu....etc!!!

peraturan.jpg

Sila patuhi peraturan/syarat yang mudah ini supaya penyertaan anda sah dan layak!

• Mengkaryakan satu terbitan yang bertajuk ‘Steemit Iron Chef 2017 #12 : (Nama hidangan anda)
• Masakkan yang diterima termasuk pembuka selera, hidangan utama ataupun pembasuh mulut yang menggunakan bahan masakan minggu ini.
• Hanya satu penyertaan setiap seorang perserta
• Tag pertama haruslah menggunakan #steemit-ironchef, supaya saya tidak terlepas pandang penyertaan kamu!
• Hanya resipi baru akan diterima, saya memerlukan sekurang-kurangnya satu gambar dengan nama dan tarikh tertera.
• Saya tidak memerlukan langkah-langkah penyediaan/resipi, anda hanya perlu menyenaraikan produk yang digunakan, memberi diskripsi hidangan tersebut dan menambah gambar untuk mendapatkan perhatian saya! Jadikan penyertaan anda ringkas dan menarik!!!
• Gunakan link kepada penyertaan anda dan paparkan dalam ruangan komen ini dan juga berkongsi penyertaan anda dalam saluran discord kami - https://discord.gg/R3R26k8 untuk mendapatkan sokongan daripada individu-individu disana!
• Tarikh TUTUP untuk penyertaan anda tidak harus melewati hari Khamis 23.11.17 pada 10.00 a.m. UTC.
• Peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat mudah ini akan dianggap sebagai penyertaan yang tidak sah.
Cubalah untuk menyediakan hidangan anda secara kreatif, inovatif dan dengan sebaik yang mungkin, kamu akan mendapat banyak markah…

Pemenang akan diumumkan pada setiap hari Sabtu!!!


HADIAH MINGGUAN

WINNERS.png

Ini adalah senarai markah dan juga hadiah yang telah dihadiahkan kepada 7 penyertaan terbaik setiap minggu!
Pada minggu-minggu tertentu saya akan memberikan hadiah bonus kepada sesetengah peserta…

Sila sediakan akaun Lejar Terbuka (Open Ledger) untuk menerima Whaleshares/Voiceshares/Skilcoins sekiranya anda adalah antara pemenang kami!

Kamu boleh membuka akaun anda dengan menggunakan link dibawah dan selepas itu memaklumkan saya alamat anda selepas pembukaan akaun tersebut.
https://bitshares.openledger.info/?r=progressivechef69

Dengan mengambil bahagian dalam Chef Terulung Steemit, kamu telah memberikan saya hak untuk menggunakan gambar hidangan anda untuk tujuan pengumuman awam!


NOTA PENTING
Kesemua SBD yang diperolehi daripada terbitan saya ini akan digunakan untuk menaja Chef Terulung Steemit 2017!
Sesiapa yang ingin menambahkan hadiah ataupun menjadi penaja kepada penyertaan unik ini, sila maklumkan saya.
Sumbangan anda sangat dialu-alukan.


Penghargaan

Penghargaan besar kepada @canadian-coconut, @donkeypong , @sweetsssj, @akrid , @voiceshares dan @bambam808 kerana sokongan yang padu kepada Chef Terulun Steemit, tanpa kamu semua, pertandingan ini tidak akan berjaya!


SAYA MENGUMUKAN BAHAWA PERADUAN INI TERBUKA UNTUK MINGGU KE DUABELAS!!!

Selamat berjaya! Saya mengucapkan selamat memasak untuk minggu yang akan datang!
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat yang lebih, silalah bertanya kepada saya disini atau melalui rangkaian discord Chef Terulung Steemit!!!
https://discord.gg/R3R26k8
Steem On!
@progressivechef


progressive chef.jpg

Coin Marketplace

STEEM 0.29
TRX 0.11
JST 0.033
BTC 63458.69
ETH 3084.37
USDT 1.00
SBD 3.99