Selamat siang steemian

in #photography7 years ago

Jihad Fi Sabilillah

Istilah jihad fi sabilillah itu sangat luas mak sudnya. Tetapi bagi sesetengah orang, kera-na tidak dipandu dengan ilmu, fahaman mereka tentang jihad itu jadi sempit. Ramai umat Islam hari ini sibuk hendak berjihad. Namun kerana jihad mereka itu tidak dipadankan dengan cara hidup Rasulullah SAW, maka buruknya banyak. Rosaknya lebih dari baiknya. Ruginya lebih dari untungnya. Kalau dalam istilah pasarnya tak balik modal, tak berbaloi, atau untung sekarung, rugi seguni.

image

IMEJ JIHAD MASA KINI

Di waktu ini, bila sebut sahaja jihad, orang jadi takut. Orang jadi cemas. Orang terbayang keganasan. Orang nampak puak militan. Orang teringat bom, tembak-menembak, culik-men-culik, bunuh-membunuh dan sebagainya. Yang kena bom dan kena bunuh itu pula bukan musuh, bukan agen musuh, bukan polis atau tentera musuh tetapi kebanyakannya orang awam termasuk perempuan, orang-orang tua dan kanak-kanak.

Mereka ini tidak tahu menahu dan tidak kena mengena dengan apa yang dijihad dan diperjuangkan. Kematian mereka tidak menguntungkan sesiapa. Hanya akan merebakkan lagi kebencian, kemarahan dan dendam-mendendam.

Ini semua bukan tujuan jihad Malahan ia merosakkan jihad. Jihad bukan semestinya perang hendak bunuh orang, hendak bom orang atau hendak men cetuskan huru-hara.

Buruk sungguh imej jihad di waktu ini kerana umat Islam yang terlibat dengan jihad sekarang ini telah lari dari konsen jihad yang sebenarnya. Musuh-musuh Islam terutama Yahudi Amerika Syarikat dan Eropah mengambil peluang untuk memburuk-burukkan dan menekan umat Islam yang berjihad

Sort:  

that brat ganteng tgk @kebena

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.16
JST 0.029
BTC 76027.52
ETH 2923.44
USDT 1.00
SBD 2.62