Belalang Kunyit

in #indonesia7 years ago

Belalang Kunyit (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan serangga ini adalah merupakan serangga perusak yang makan pucuk muda pada tanaman seperti pucuk ubikayu, pucuk pisang, tanaman ornamental dan dikalangan estet ia juga menyerang tanaman getah serta kelapa sawit. Kitaran hidup belalang kunyit adalah tidak lengkap dimana ia bertelur didalam tanah dan menjalani beberpa peringkat salin kulit terus menjadi belalang dewasa. Maknanya belalang kunyit amat berbeda dengan serangga lain yang tidak melalui peringkat Larva (Nimfa)

belalang kunyit adalah jenis belalang yang banyak terdapat dipadang rumput, belalang ini mempunyai kaki belakang yang berduri, apabila kita memegangnya maka duri tersebut akan menusuk kekulit kita. kaki belakang belalang ini digunakan sebagai pengayuh untuk melompat sebelum dia terbang.

122.JPG

idak banyak maklumat kajian tentang species belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain

124.JPG

kuliner belalang

Hasil tangkapan belalang kunyit akan di kumpulkan dan masukkan dalam plastik kemudian plastik akan diikat sehingga belalang mati. Belalang kunyit kemudian di goreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam . Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protin dan rasanya memang sedap. namun ada pula yang membakarnya seperti sate daging, rasanya lebuh nikmat apalagi ditambah sedikit kecap manis saat dibakar

123.jpg

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.16
JST 0.030
BTC 59374.25
ETH 2544.66
USDT 1.00
SBD 2.47