Kanser di Hari Raya 2015. #leklubro

in #bajuraya20184 years ago

image.png

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan dan saudara muslimin dan muslimah.
Hari ni dah masuk raya ke-3 dan saya berharap semua berada dalam keaadaan sihat dan happy, preparing untuk kembali bekerja.

Sebab saya menulis artikel ni “selepas” raya adalah supaya semua yang terjebak dan dah ter-beli baju-baju raya canggih-manggis tak buang pulak baju-baju tu. Taknak membazir kan? Maklumlah “Syaitan itu karib dengan golongan-golongan yang membazir”

Dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan sessi membasuh.

“Apa salahnya kalau saya Go Highstreet fashion dengan baju raya??”

Eh, mana ada salahnya nak highstreet dengan baju raya. Benda ni niat baik, tetapi matlamat tidak selalunya menghalalkan cara, atau dalam kes ini niat berfesyen tidak menghalalkan silhoutte yang membatalkan niat asal.
Mari kita mulakan dengan melihat beberapa trend-trend bajuraya yang menggores perasaan saya sebagai seorang peminat fesyen.

**Gambar-gambar dibawah adalah segelintir yang saya dapati dari “sharing” di laman sosial facebook dan says.com. sekiranya anda mempunyai banyak lagi gambar berkaitan bolehlah meninggalkan link di bahagian komen dibawah.

  1. The Referee

image.png

Apa masalahnya bro: Nampak macam ref bola / ada sikit banduan.
Boleh Sembuh ke bro?: Tukar baju hitam.

  1. Maxi Polo Dress

image.png

Apa Masalahnya bro: Kena faham purpose Polo & Polo dresses. Polo adalah pakaian musim panas. Sebab itulah original design polo berlengan pendek dan menggunakan fabrik dan weaving yang “breathable” (cotton/polyester) . Polo dress pula dicipta untuk kaum wanita, kerana memberikan “curvy silhouette” dan biasanya sampai ke-paras lutut. Bila Polo dipanjangkan sampai ke-kaki, Masalah utama ialah kaum lelaki akan menjadi seperti memakai selimut keluar rumah di tengah-hari sambil kelihatan “curvy” seperti seorang awek.
Boleh Sembuh ke bro?: Tak boleh. Kalau potong pun akan jadi A silhouette, dan nampak macam baju ibu mengandung.

  1. Gym tutup sebab raya

image.png
image.png

Apa masalahnya bro: Trend abang sado semakin menular di Malaysia. Pada pendapat saya ini agak baik kerana muda mudi semakin aktif dan ini dapat membantu mengurangkan kadar diabetes di Malaysia. Camo print adalah sentuhan yang agak kreatif tapi memaparkan ketiak demi untuk menunjuk-nunjuk bicep dihari raya adalah kurang sopan. Sila fahami dengan cuaca Malaysia yang panas, kehidupan “gym bros” yang aktif, melawat saudara mara dan memakan kuihraya sambil menghidu bau ketiak anda boleh mengakibatkan tetamu yang lain “sangkut urine test” dikala ops sikap dijalankan. (Maafkan saya kerana terlupa nama baru Ops)
Boleh Sembuh ke bro?: Tambah sleeve. Lengan gelap akan menghasilkan impak visual badan yang lebih besar manakala lengan berwarna cerah boleh menjadikan badan nampak lebih cut dan arm yang lebih besar. Padankan dengan warna colar dan seluar. Jangan lupa pakai deodorant.

  1. Hello Kitty
    image.png
    image.png

Ape masalahnya bro: Ini bukan baju raya. At least bukan untuk lelaki. Merupakan campuran “Baju kedah” dan “hello kitty”, fesyen ini bukanlah untuk lelaki. “Bro Baju Kedah orang lelaki pakai jugak lah”, betul tu. Sebagai anak Kedah saya memahami konsep itu dan Baju Kedah lelaki di jahit dengan kain yang tak ada print, inikan pula bowtie.
Boleh Sembuh ke bro?: Jadikan hadiah untuk kakak atau adik perempuan.

  1. Bruce Caitlyn Jenner
    image.png

Apa masalahnya bro: Pandangan pertama, terus saya bertanya, “Wait, Is that dude wearing a dress?”. Silhouette memainkan peranan penting pada pakaian. Colour Blocking boleh menghasilkan impak yang cantik kepada pakaian namun jika tidak mengambil kira silhouette, ia boleh membawa kepada chaos (huru-hara?). Pada gambar stylo A7 adakah anda dapat melihat silhouette pakaian tersebut? Rujuk gambar dibawah untuk melihat persamaan.
image.png

Boleh Sembuh ke bro?: Buat kain buruk boleh digunakan untuk basuh kereta atau lap tingkap. Kids version untuk jubah ini adalah rekaan yang sangat baik berbanding dewasa kerana rekaan kanak-kanak tidak meletakkan colour blocking di bahagian tepi. (punca utama menampakkan bontot menjadi bulat dan kaki lebih kecil)

  1. Samurai Teluk Intan
    image.png

Apa masalahnya bro: Tak balance. Gelap extreme satu side, cerah extreme satu side. Kesan sampingan menjadikan anda tampak besar sebelah atau senget sebelah walaupun berdiri straight. (Bro dalam gambar memang berdiri senget untuk balance the look)
Boleh Sembuh ke bro?: Mungkin boleh diselamatkan dengan satu sleeve berwarna hitam, namun tetap tidak sesuai untuk pakai raya.

  1. Black Jubah dengan Faux Fur scarf
    image.png
    11659255_10205533059978415_2414245734114101884_n

Apa masalahnya bro: Jubah/shirt with shiny cuff. Letak serban nampak lagi baik daripada scarf/kalung upacara yang saya tidak dapat pastikan.
Boleh Sembuh ke bro?: Buang kalung tu, pakai macam jubah biasa. Kalau melekat dibaju, buang semua sekali.

  1. Kain Cadar Bunga Ros 3D
    image.png

Ape masalahnya bro: WTF??
Boleh Sembuh ke bro?: Bakar. Kalau ada upload kat facebook atau instagram, jangan lupa delete account sekali.

  1. X-Men Origins
    image.png
    Ape masalahnya bro: Kau bukan X-Men
    Boleh Sembuh ke bro?: Perlu tanya Magneto macam mana nak bertukar menjadi mutant.

  2. ???????????

image.png

Ape masalahnya bro: Kalau nak bogel, pergilah bilik mandi ke, balik rumah sendiri ke, bukan diluar. Kalau nak tunjuk badan, pakai tank top sahaja (bukan sebagai baju raya ok?), kalau malu sebab tak cukup fit/ripped/cut, pakai baju melayu biasa. Match up styling dengan dress shoes pula yang sepatutnya formal. Maafkan saya kerana ayat saya mula berterabur kerana tidak dapat menaip dengan waras akibat berlaku pendarahan di bahagian mata setelah rakan saya menghantarkan gambar ini. Combo pulak dengan songkok tinggi dan kerongsang gajah. Everything is wrong in this. Costume ultraman lagi make sense.
Boleh Sembuh ke bro?: Hammer, straight dekat dahi sebanyak tiga kali. Sebelum si-pemakai kembali sedar, tukarkan pakaian beliau kepada pakaian perang vegeta supaya beliau dapat melindungi planet bumi dari ancaman majinbuu.

Sila khabarkan senarai ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat supaya simptom-simptom awal dapat dikesan dan penyakit ini dapat dicegah dari merebak. Sekian sahaja penulisan saya untuk Fashion Raya 2015. Sila nyatakan pendapat anda dalam ruangan komen dibawah dan segala yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.034
BTC 64231.88
ETH 3128.59
USDT 1.00
SBD 3.95