Chart analysis client for GCM Asia
[19/2 14:38] USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas mendapat sokongan berhampiran 106.15. Petunjuk MACD histogram serta garisan MA yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 107.35, 108.40
Tahap sokongan: 106.15, 105.35
[19/2 14:38] CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menaik menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebelum meneruskan kenaikannya di dalam saluran tersebut.