Hargai ibu anda
Mau tidak mau setiap orang pasti punya ibu, itu subjektif!
Ibu adalah insan yang melahir kita di dunia ini. Susah senang menjaga kita sehingga kita dewasa. Di waktu kita sakit, ibu menahan ngantuk untuk menjaga kita.
Apabila kita suda dewasa dan suda punyai keluarga sendiri, si Ibu masih berkerja menjaga cucu-cucu.
Jadi, hargai ibu anda.
Bagaimana cara menghargai ibu kita? Di sini saya ingin kongsikan bagaimana saya menghargai ibu saya.
Menelefon kerap
Jarak yang memisahkan tidak menjadi penghalang di masa kini.Dengan dunia yang moden ini, berhubung mengunakan telefon dan 'video call' memudahkan kos perjalanan ke seberang laut.
Hadiah
Menghadiahi ibu percutian. Setiap tahun ibu akan bercuti luar negeri bersama-sama dengan saudara yang lain. Sebagai anak menolong membeli tiket kapal terbang jika berkelebihan di waktu itu.
Makan bersama
Makan bersama dengan keluarga sewaktu bercuti suda semestinya. Makan semeja dapat merapatkan lagi silaturahim sesama keluarga.
Memberi wang belanja
Walaupun si Ibu menolak, suda menjadi kemestian si Anak memberi wang belanja untuk ibu. Ini kerana, si Ibu juga perlu wang untuk kegunaan seharian.
Sentiasa peka dengan kehendak ibu
Ibu jarang meminta sesuatu, namun jika tiba-tiba berlaku misti ada keperluan yang mustahak.
Sebagai anak, memuliakan ibu hendaklah di lakukan setiap hari. Ini kerna, hari ini tidak sama seperti hari esok.
Hargailah ibu sepertimana ibu juga menghargai kelahiran kita di dunia ini.
Love,
@sahiranadiah
Seandainya saya masih bisa melakukannya.. :(
boleh disampaikan doa lagi.. ☺️
Kirimkan doa masi bisa @irasiregar
Iya.. InsyaAllah gak pernah putus.. :)
sayangilah ibu masing2. ☺️
Ya...betul @doqstrader
Selagi ibu masih ada,bahagiakan la selagi kita mampu...
Nice...