WELCOME TO 1STEEMIT 1COMMUNITY 1HEART & 1SPIRIT.

in #steemit7 years ago

Sorry for sharing this article  in Bahasa because most of my ex-pupils and ex-students are more familiar in Bahasa.

Sekali lagi saya muncul di pentas Steemit ini bukan bertujuan untuk mengutuk mana-mana pihak dan jauh sama sekali untuk bersandiwara. Tujuan dan niat saya adalah ikhlas dan setakat untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman dalam arena pendidikan.

Bulan Ogos adalah Bulan Kemerdekaan merupakan tajuk hangat yang kerap disebut-sebutkan. Ramai masih lagi kabur dengan maksud pengertian Tema Merdeka tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa. Persoalannya apakah maksud disebalik pengertian Tema Mederka iaitu Negaraku Sehati Sejiwa. Dalam masa yang sama perkataan BANGSA, KAUM PENDATANG dan 1MALAYSIA adakah sudah difahami maksud yang sebenarnya.

Kalau warga pendidik tidak faham sejarah Negara Malaysia bagaimanakah hendak menjelaskan isu-isu berkaitan BANGSA, KAUM PENDATANG dan 1MALAYSIA kepada anak-anak didik yang dikasihi.

Sungguh menyedihkan bila dikaji kurikulum sistem pendidikan masa kini. Kalau dahulu mata pelajaran Sejarah Negara Malaysia diajar dengan sedalam-dalamnya di peringkat sekolah menengah rendah, menengah atas sehinggalah ke pusat pengajian tinggi awam. Kalau dalam tahun 70an mata pelajaran Tawarikh atau lebih dikenali sebagai mata pelajaran Sejarah masa kini ada diajar di peringkat sekolah rendah. Tapi sungguh kesal bila kurikulum sistem pendidikan negara memansuhkan mata pelajaran Tawarikh ( mata pelajaran Sejarah ) dan digantikan dengan mata pelajaran Alam dan Manusia yang mengabungkan Sains, Sejarah dan Geografi menjadi satu mata pelajaran. Persoalannya kenapakah digabungkan tiga bidang ini dalam satu mata pelajaran. Pada hal mata pelajaran Sejarah maupun Sains dan Geografi mempunyai skop yang sangat luas dan mendalam. Pada peringkat ini membingungkan seluruh warga pendidik kerana seorang guru terpaksa mengajar Sains, Sejarah dan Geografi sebagai satu mata pelajaran. Untuk pengetahuan anda tidak semua guru boleh mengajar Sains maupun Sejarah atau Geografi. Sebab itulah mata pelajaran Sejarah diajar setakat melepaskan batuk di tangga sahaja. Yang menjadi mangsa murid-murid sekolah rendah tidak faham istillah sejarah Negaraku Malaysia.

Atas sebab inilah mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan dan diganti dengan mata pelajaran Kajian Tempatan yang mengabungkan Sejarah dan Geografi sebagai satu mata pelajaran. Pada peringkat ini juga membingungkan warga pendidik kerana mata pelajaran Sejarah maupun Geografi sepatutnya diasingkan dan dijadikan satu mata pelajaran khas tanpa gabungan. Yang menyedihkan anak didik sekolah rendah tidak dapat gambaran sebenarnya tentang sejarah negara asalnya Malaysia. Atas sebab ini mata pelajaran Kajian Tempatan akhirnya dimansuhkan. Dan dalam tahun 2015 mata pelajaran Sejarah diperkenalkan semula di peringkat sekolah rendah.

Jadi janganlah menuduh kenapa generasi muda-mudi abad ke-21 tidak faham sejarah negara asalnya Malaysia.

Sehubungan dengan ini saya ingin menyelitkan sebuah video yang menjelaskan pengertian sebenar perkataan BANGSA, KAUM PENDATANG dan 1MALAYSIA. Dalam video ini Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya sudi memberi pengertian sebenarnya maksud perkataan BANGSA, KAUM PENDATANG dan 1Malaysia dari perspektif sejarah.

Harap dari menonton video ini dapat mengikis kekaburan tentang persoalan apa itu BANGSA MALAYSIA, KAUM PENDATANG dan 1MALAYSIA.

Sehubungan dengan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60. Sama-samalah kita doakan semoga Negara Malaysia sentiasa mengecapi sepenuhnya keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan di pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. 

Sort:  

Thank.. for being a great teacher. And great patriotic. Harap2 smpai la ke peringkat atas masalah ni..

Thanks for your comments & thanks for your vote.

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 55157.38
ETH 2317.75
USDT 1.00
SBD 2.33