Sandal mulia sang Nabi
ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺱ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻜﻮﻥ ﻧﻌﻞ ﻣﺤﻤﺪ *** ﻋﻠﺖ ﻓﺠﻤﻴﻊ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﺗﺤﺖ ﻇﻼﻟﻪ
Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta*dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.
ﻟﺪﻯ ﺍﻟﻄﻮﺭ ﻣﻮﺳﻰ ﻧﻮﺩﻱ ﺍﺧﻠﻊ ﻭﺃﺣﻤﺪ *** ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻘﺮﺏ ﻟﻢ ﻳﺆﻣﺮ ﺑﺨﻠﻊ ﻧﻌﺎﻟﻪ
Ketika di bukit Tursina, Musa as. Diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih dekat , tidak Diminta supaya ditanggalkan Sandalnya
ﻣﺜﺎﻝ ﺣﻜﻰ ﻧﻌﻼً ﻷﺷﺮﻑ ﻣﺮﺳﻞ *** ﺗﻤﻨﺖ ﻣﻘﺎﻡ ﺍﻟﺘﺮﺏ ﻣﻨﻪ ﺍﻟﻔﺮﺍﻗﺪ
Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.
ﺿﺮﺍﺋﺮﻫﺎ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻛﻠﻬﺎ *** ﻏﻴﺎﺭﻯ ﻭﺗﻴﺠﺎﻥ ﺍﻟﻤﻠﻮﻙ ﺣﻮﺍﺳﺪ
Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya
ﻣﺜﺎﻝ ﻟﻨﻌﻞ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ ﻣﺎ ﻟﻪ ﻣﺜﻞ *** ﻟﺮﻭﺣﻲ ﺑﻪ ﺭﺍﺡ ﻟﻌﻴﻨﻲ ﺑﻪ ﻛﺤﻞ
Lambang Sandal al-Musthafa saw. itu tiada bandingannya, ia adalah kerehatan bagi ruhku dan celak (ubat) bagi mataku
ﻓﺄﻛﺮﻡ ﺑﻪ ﺗﻤﺜﺎﻝ ﻧﻌﻞ ﻛﺮﻳﻤﺔ *** ﻟﻬﺎ ﻛﻞ ﺭﺃﺱ ﻭﺩ ﻟﻮ ﺃﻧﻪ ﺭﺟﻞ
Sangatlah Mulia lambang Sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)
ﻭﻟﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﻗﺪ ﺣﺎﺭﺏ ﺍﻟﻮﺭﻯ *** ﺟﻌﻠﺖ ﻟﻨﻔﺴﻲ ﻧﻌﻞ ﺳﻴﺪﻩ ﺣﺼﻨﺎً
Apabila aku melihat ALLAH (ad-Dahr) mula Memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai
ﺗﺤﺼﻨﺖ ﻣﻨﻪ ﻓﻲ ﺑﺪﻳﻊ ﻣﺜﺎﻟﻬﺎ *** ﺑﺴﻮﺭ ﻣﻨﻴﻊ ﻧﻠﺖ ﻓﻲ ﻇﻠﻪ ﺍﻷﻣﻨﺎ
Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda , sebagai tembok yang kukuh
dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya
ﺇﻧﻲ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺜﺎﻝ ﻧﻌﻞ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ *** ﻷﻋﻴﺶ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﺍﺭﻳﻦ ﺗﺤﺖ ﻇﻼﻟﻬﺎ
Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw. , supaya dapat aku hidup di
dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya
ﺳﻌﺪ ﺍﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺑﺨﺪﻣﺔ ﻧﻌﻠﻪ *** ﻭﺃﻧﺎ ﺍﻟﺴﻌﻴﺪ ﺑﺨﺪﻣﺘﻲ ﻟﻤﺜﺎﻟﻬﺎ
Berbahagianya Ibn mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia
kerana khidmatku pada lambangnya
ﻭﻣﺎ ﺣﺐ ﺍﻟﻨﻌﺎﻝ ﺷﻐﻒ ﻗﻠﺒﻲ *** ﻭﻟﻜﻦ ﺣﺐ ﻣﻦ ﻟﺒﺲ ﺍﻟﻨﻌﺎﻻ
Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada si Dia saw. yang memakai Sandal itu…
ﻭﻧﻌـﻞ ﺧﻀﻌﻨﺎ ﻫﻴﺒـﺔ ﻟﻮﻗﺎﺭﻫـﺎ *** ﻓﺈﻧﺎ ﻣﺘﻰ ﻧﺨﻀﻊ ﻟﻬﻴﺒﺘﻬﺎ ﻧﻌﻠـﻮ
Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan Sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapanya, kita akan diangkat dan dimuliakan
ﻓﻀﻌﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﺃﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﻔﺎﺭﻕ ﺇﻧﻬـﺎ *** ﺣﻘﻴﻘﺘﻬـﺎ ﺗﺎﺝ ﻭﺻﻮﺭﺗﻬﺎ ﻧﻌـﻞ
Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota