Tron – mempilih teknologi DPoS dalam protokol blockchain - #dq67

in #cryptocurrency6 years ago (edited)

Anda mungkin pernah mendengar PoW, PoS, dan DPoS sebelum tetapi mungkin tidak mempunyai idea yang jelas tentang maksud ini. Boleh juga lihat disini. Dengan tweet terbaru Justin Sun mengenai pilihan raya untuk Super Representative, ia mungkin menambah kekeliruan. Jadi saya ceritakan sedikit berkenaan dengan PoW, PoS dan juga DPoS.

Sila baca di bawah...


||Home||

|Website|Twitter|Facebook|Telegram|Tumblr| Tradingview|



Mekanisme Konsensus

Konsensus – perkataan yang bermaksud “persetujuan umum” adalah komponen utama dalam teknologi blockchain. Merupakan suatu perjanjian untuk merekodkan maklumat seperti baki setiap alamat, urus niaga, dan sebagainya pada blockchain. Semua mekanisme konsensus bertujuan untuk menjamin rangkaian daripada diserang dan membantu melindunginya.

Mekanisme konsensus yang biasa digunakan untuk blockchain adalah Proof of Work (PoW), Proof of Stakes (PoS) dan Delegated Proof of Stakes (DPoS). Kedua-dua Bitcoin dan Ethereum menggunakan PoW sebagai mekanisme konsensus mereka. Walau bagaimanapun, pemaju Ethereum sedang berusaha untuk beralih kepada mekanisme konsensus PoS kerana terdapat kekurangan pada mekanisme PoW.

Memandangkan PoW dianggap sebagai tenaga yang tidak cekap dan tidak mesra alam, bersama dengan kelemahan lain yang membuat Bitcoin tidak decentralized sebagaimana yang diperkatakan umum. Dengan PoW, Miners yang mampu menghasilkan kuasa pemprosesan yang lebih cepat dan lebih kuat biasanya mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan ganjaran daripada yang lain. Pada masa ini, kolam Mining 3 bitcoin teratas (BTC.com, AntPool, dan ViaBTC) sudah menyumbang lebih daripada 50% daripada semua kuasa pengiraan (hashrate) yang lebih menjurus ke arah centralized.

Protokol Proof-Of-Stake (PoS)

Teknologi PoS pada asalnya digunakan untuk menjadi protokol TRON. Di bawah sistem PoS, staker (investor) meletakkan coin mereka sendiri di blok jika mereka mahu mengesahkan transaksi yang berkaitan dengan blok tersebut. dan memperolehi reward hasil daripada ini. lihat contoh top PoS disini.

Kelebihan terbesar protokol PoS ini berbanding PoW adalah transaksinya yang laju dan penggunaan tenaga yang lebih effisyen untuk mengesahkan blok. Tetapi satu masalah yang ketara dengan sistem ini ialah ia hanya bergantung pada jumlah coin yang diletakkan oleh stacker(investor) untuk menentukan siapa yang dapat mengesahkan transaksi itu.

Dalegated Proof of Stakes (DPoS)

DPoS ini telah diperkenalkan oleh Daniel Larimer iaitu Founder kepada Bitshares dan juga social media blockchain, STEEM.

DPoS bertindak balas kepada masalah utama dalam PoS dengan mengintegrasikan sistem reputasi untuk menentukan blok tertentu. Di bawah DPoS, pengguna masih stacking coin, tetapi mereka berbuat demikian untuk membuat undi “wakil,” yang bertanggungjawab mengesahkan transaksi pada blok yang dipertanggunjawabkan.

Protokol consensus ini memberikan setiap pengguna kuasa yang lebih besar untuk mengawal apa yang berlaku di rangkaian mereka, menyediakan satu bentuk urus tadbir untuk diri sendiri, dan lain – lain dalam blockchain.

PENGGUNAAN TRON DPOS berkemungkinan besar memberi kesan positif kepada persepsi orang ramai tentang kaedah pengesahan konsensus ini.

Super Representative

Memandangkan undi di DPoS sentiasa berterusan, jika Super Representative tidak berkelakuan atau bertindak dengan baik, orang dalam masyarakat boleh mengeluarkan undi mereka. Super Representative semestinya berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi semua peraturan dan menjaga network sebaik mungkin jika tidak, super Representative ini akan digulingkan oleh anggota masyarakatnya sendiri.

TRON memilih DPoS sebagai mekanisme kesepakatannya kerana ia adalah protokol yang lebih berpusat dengan masyarakat dan kaedah yang demokratik, mengawal diri sendiri, pilihan raya bebas, dan legitimasi menyeluruh.


terimakasihgif-steemit.gif

"doqspro - Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia"

Sort:  

Coins mentioned in post:

CoinPrice (USD)📈 24h📈 7d
BTCBitcoin6734.553$1.21%4.01%
ETHEthereum278.298$1.68%-6.1%
STEEMSteem0.915$4.66%0.69%
TRXTRON0.023$5.73%5.32%

sneaky-ninja-sword-xs.jpg
Sneaky Ninja Attack! You have just been defended with a 48.78% upvote!
I was summoned by @doqspro. I have done their bidding and now I will vanish...

woosh
A portion of the proceeds from your bid was used in support of youarehope and tarc.

Abuse Policy
Rules
How to use Sneaky Ninja
How it works
Victim of grumpycat?

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 70734.57
ETH 3561.52
USDT 1.00
SBD 4.75