# BYE-BYE #

in #busy8 years ago

FB_IMG_1514618639044.jpg

biarkan pelangi menjulang tinggi
takkan menjadi hujan turun ke bumi
setelah gerimis pun berhenti
pelangi menghilang pergi
biarkan rembulan kekal dipagari bintang
tak perlu menunggu dengan ucapan sayang
walau cahayanya terang-benderang
indahnya hanya dipandang
biarkan sekuntum bunga mekar di taman
duri dan pagar menghalang suntingan
berdarah nanti tidak kelihatan
kerana bunga dipuja terletak di taman larangan
pujuklah hati usah membawa diri
kerana kembang cinta tak terjadi
untuk berapa lama harus kau menanti
pengakhiran sebuah mimpi....

Follow Me @donquixotee

Coin Marketplace

STEEM 0.05
TRX 0.33
JST 0.078
BTC 63144.83
ETH 1685.61
USDT 1.00
SBD 0.39