Pengalaman pertama menghasilkan #brownies
Pengalaman ini mungkin boleh membantu Anda especially #beginner
.
Brownies dip n dip😋
.
Alhamdulillah syukur! Mula-mula buat rasa macam tak yakin jer kejadian brownies ini. Apabila mencapai step terakhir dalam penghasilan, baru kita dapat melihat keberkesanan sesebuah #resepi itu
.
Manis sebenarnya brownies yang aku buat ini. Boleh tahap potong kaki. Mungkin gula aising adalah faktornya. Sebabnya, bahan-bahan hanya mengunakan coklat sahaja... ringkas weh bahan-bahan dia! Korang patut cuba!.
.
Buat sendiri lagi puas. Kita boleh adjust kemanisan ikut citarasa kita. Daripada nak membeli tak puas makan, lebih baik buat sendiri kan. Lebihan bahan pun boleh guna lagi untuk resepi lain. Sini harga penjualan brownies dip n dip boleh cecah RM50 untuk saiz 8x8. Memang fikir banyak kali untuk beli.
.
APAKAH YANG MENCABAR DALAM PENGHASILAN BROWNIES NI?
.
1-Bagi aku, bahan-bahan nya yang mahal serta ketika proses mencairkan coklat. Perghh! Berpeluh aku double-boiling coklat-coklat ni. Lebih-lebih coklat Cadbury. Siap masuk oven pun tak mencair lagi. Anak dalam bilik sudah meraung 😩
.
2-Proses PENCARIAN BAHAN pun sukar. Dengan musim PKP ni, tiba-tiba bahan yang biasa ada jadi tiada stok. Parchment paper pun tiada, Cadbury perisa original pun tiada. Looking for Dark Chocolate Coin Beryls pun tiada. Terpaksa guna yang jenis bar
.
3-TIADA PERALATAN yang sesuai juga antara kesukarannya. Disebabkan ini adalah baking yang pertama, jadi aku tidak pasti peralatan apa yang betul-betul diperlukan. So setelah mencuba, baru aku tahu peralatan apa yang aku perlu ada untuk next baking.
Antaranya:
-measuring cups & spoon
-penimbang
-papan kek
-mangkuk besar stainless steel untuk digunakan bersama mixer
-piping beg
-periuk kukus
-mangkuk kecil untuk kukus coklat (proses pencairan coklat)
.
SETELAH PENGALAMAN PERTAMA INI, APAKAH YANG ANDA PERLU BAIKI SUPAYA BROWNIES BOLEH MENEPATI CITARASA ANDA?
.
Cuba kekalkan ingredients asal brownies dip n dip serta pengurangan gula aising. Oleh sebab brownies rasa sangat manis sampaikan aku terasa sakit gigi, so for the next time i should reduce sukatan gula aising kepada 1 sudu sahaja. Lagipun dalam coklat dah banyak gula. Buat apa nak tambah manis-manis lagi kan
.
Mengenai isu ingredients, actually untuk curahan coklat, resepi asal suruh guna cadbury. Ketika aku cari di kedai, stok cadbury original dah habis, so aku rembat yang cadbury black forest. Jadi hasilnya macam lebih pekat. Rasa coklat yang pekat.
.
Tapi still rasa sedap.... next time aku ingat nak ganti beryls (bahan paling utama) dengan coklat cadbury, agak-agak menjadi tak brownies aku? 😅
.
Ni gambar sebelum letak topping. Tiada kedut pun. So aku rasa brownies ni masih tak cukup baik. 🤭
.
.
.
By,
batumelukut
.
.
.
wow hebat la ko mizah, boleh buat kek ni. ko guna tag recipe jugak len kali kalau post pasal recipe. hebat dan respek kek pertama ko menjadi 😊
Baik.... 😄
Wah terlihat sangat enak!
Thank you sis... nanti boleh cuba 😊