Sesi interview The Wild Session (KKMUSIC)
Selamat sejahtera salam satu nusantara belantara kepada ahli-ahli steemians yang dikasihi. Posting saya pada hari ini berkaitan arena muzik yang kian menjadi 'trending' di kota kinabalu yang kami panggil iaitu 'KKMUSIC'.
Sesi interview Dianjurkan oleh Sekumpulan pemuda muzik underground iaitu THE WILD SESSION sesiapa yang mempunyai band/stuff/material tak kisah anda bergerak secara solo mahupun duo mahupun berkumpulan, hubungi mereka di pautan yang berwarna hijau.
- Pada kali ini saya dan @yatnanar serta ahli bandmate yang lain menjadi tetamu khas bagi sesi temu ramah dalam unjuran Wild Session. Soalan-soalan yang asas serta mengolah dan bertukar pendapat sesama kami dalam temu ramah tersebut amatlah memberangsangkan.
Bila tiba satu pertanyaan terhadap saya apakah pandangan saya terhadap pemuzik sekitar sabah dan apa yang perlu mereka ubah/perbaiki. Jawapan saya ialah:
- Practice , practice , practice
- Ulang kaji dengan apa jenis lagu yang kamu gubah
- Tunjukkan sikap ingin belajar terhadap sesama ahli band masing-masing
- Buat financial /marketing untuk anda sendiri
- Jangan malu untuk berhadapan dengan penonton.
TANPA DIDUGA
Tanpa diduga view mencecah hampir satu ribu view dalam masa kurang dari 24jam. Nampaknya The Wild Session telah berjaya menarik lebih ramai penonton dalam lingkungan semua umur mahupun muda dan juga yang dewasa.
Peningkatan drastik melalui komen-komen audience dan juga share menghampiri 100 share bermakna 'KKMUSIC' kini sedang berkembang dari masa ke semasa.
Akhir sekali saya akan selitkan video klip pendek dari persembahan Tree.my
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness