Gadis Kebaya Merah Bau Longkang

in #steem-cartoon6 years ago

Gadis Kebaya Merah Bau Longkang.

SUATU malam, terdapat disebuah warung usang ditepi jalan meriah dengan lampu kalimantan warna merah, biru, dan hijau digantung setiap tiang yang ada. Ada sekelompok penduduk Kampung Mewah sedang asyik bercerita sambil menghirup air kopi o panas serta rokok dijari.

"Hangpa pernah dengaq dak cerita pasal gadis kebaya merah?" tanya tiba tiba Pak Me'on pada rakan semejanya. "Dak pon. Awatnya?" jawab Pak Talim dengan penuh tanda tanya. Tiba tiba suasana menjadi suram hanya bunyi cengkerik berkumandang. "Pasaipa dengan gadis yang hang habaq tadi tu Me'on?" tanya lagi Pak Talim pada Pak Me'on untuk mendapatkan jawapan. "Tak dak pa pun. Orang kata Gadis Kebaya Merah tu dulu org kampung ni jugak." jawab selamba Pak Me'on. Pak Ali berasa berminat tentang gadis kebaya merah itu lalu dia menyuruh Pak Me'on menceritakan tentang gadis misteri itu dan Pak Me'on bersetuju untuk menceritakannya.

MALAM semakin dalam. Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Pelanggan warung itu pun semakin berkurangan. Mereka masih dalam keadaan suspen dan ingin tahu. Pak Me'on menghirup kopi o pekat kurang gula itu dengan tenang sebelum memulakan ceritanya. Pak Ali dan Pak Talim dan rakannya sedia menanti cerita dari Pak Me'on. "Begini.." Pak Me'on memulakan ceritanya.

"Pada suatu hari, waktu gini lah. Si polan, si polin dan polun.. lepak lepak kat pondok. Biasa lah darah muda, lepak sampai ke subuh. Tengah seronok goreng gitar kapok depa tu, tiba tiba depa tercium bau wangi. Lepastu depa pon pi berlari balik rumah masing masing. Tapi hat sorang si polun ni ja tertinggai sebab terlelap kat situ. Pahtu, hat sorang ni, nampok lah si gadis ni. Dia mamai mamai pi tanya "nak pi mana?" Pahtu gadis tu dia diam ja tak cakap pa pon. Cuma tunduk ja. Pastu, hat yg si polun ni balik lah rumah mcm biasa. Tapi lepaih gadis tu lalu memang bau busuk piau punya. Bau longkang!" Pak Me'on bercerita lagi "gadis itu masih lagi berjalan terkedek kedek nak pi mana tak tau. Dengan kain basah, kaki berdarah darah, tangan calar balar, dengan bau busuknya lagi. Fuhhh!" Pak Me'on menghisap rokoknya dan hembus. "Lepaih tu pa jadi?" tanya Pak Ali. "Lepaih tu besoknya, si polan dengan si polin tu, demam panas. Tapi si polum tu dak demam pun. Dia dia cuba lah cari gadis hat kebaya merah kelmarin tu. Dia pusing kampung dengan motor tok dia, tapi tak jumpa. Dia pun pi lah kat tempat dia pi lepak kelmarin nampak titik titik darah tak tahulah darah padia tak tau. Pahtu dia pun ikut ja titik darah tu. Sampai kat tepi parit, tak nampak dah darah darah segala tu." Pak Talim sudah tidak senang duduk lalu order lagi secawan teh tarik kurang manis lagi satu. Pak Ali masih steady dengan rokok pipe-nya di mulut sambil menggentel hujung misainya. "Hangpa tau dak apa yang ai polun tu dia jumpa apa?" "Apa dia?" tanya Pak Ali. "Dia jumpa bunga" jawab Pak Me'on. "Lepaih dia jumpa bunga dia pi habaq ke tok dia. Tok dia kata "hang jangan main main. Mana ada hantu. Hang gila ka?" Si polun pun bergegas ke rumah ketua kampung nak habaq pasai ni. Tiba tiba dia nampak ambulan mai kampung. Pastu dia pun pi lah kat ambulan tu. Dia nampak anak Mak Jah terbaring kat atas katil dalam ambulan dengan kaki lebam sana sini dia pun dia je lah tak tanya pa pun. Lepaih ambulan pi hospital, dia pi lah ziarah anak Mak Jah tu kat spital sebab kenai. Dia pi tanya anak Mak Jah tu pasaipa jadi lebam laguni. Dia habaq dia jatuh longkang. Si polun ni tak terpikiaq pun pasai gadis dia tegur kelmarin tu. Pastu dia tanya lagi "pasaipa jatuh longkang?" Anak Mak Jah pun jawab lah dia tak nampak malam malam nak tahan teksi nak balik rumah lepaih balik kerja sekali dah nampak teksi, dia lari kejaq teksi sampai tak perasan longkang kat depan tu dan jatuh masuk longkang. Lepaih tu tiba tiba dia teringat kat malam tu. Si polun ni dengan lurus bendulnya dia tanya kat anak Mak Jah tu "laa itu hang ka?!!" Dengan malu muka merah padam anak Mak Jah tertunduk malu sambil angguk angguk" cerita Pak Me'on. "Laaaaaaa aku ingatkan padia lah tadi dengaq macam seram sangat. Budak perempuan tu jatuh longkang ja tu bau longkang." lega Pak Talim selepas mendengar cerita Pak Me'on dengan teliti.

USAI bercerita, masing masing sudah pun mengantuk dan ingin pulang ke rumah masing masing. Selesai membayar, Pak Me'on dan Pak Talim menaiki kereta Pak Ali. Setelah beberapa minit perjalanan, Pak Me'on teringat akan warung usang tadi kerana warung itu sudah lama tidak beroperasi sebab disantau dengan teruk pasa suatu ketika dahulu. Pak Me'on terus terdiam dan berfikir dengan siapakah dia membayar airnya dan minuman apakah tang dia minum tadi itu? Tiada siapa tahu tiada siapa perasan.

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 62574.15
ETH 3443.14
USDT 1.00
SBD 2.51